BEN ASHAARI

Saturday, February 5, 2011

KROKET TEMPE BERDAGING..

P1250359
Apa khabar semua, sihat?..Hmmm lewat masukkan N3, baru saja je siap masak tapi masak biasa2 saja. Apa menu anda tengah hari ni?...Mat adalah masak lauk atas permintaan, tapi tak payah lah bagi tau sebab dah biasa sangat di DTS. Tadi lepas masak, ada lah tempe berbaki dalam 2 1/2 keping, yang lagi 1/2 tu tatau mana pi tahh.. Jadi terfikir, apa aku nak buat dengan tempe ni, nak goreng nampak macam biasa2 saja, alaaa tak bes lah kan. Apa kata kalau aku derhakakan jadi kroket...hmm nice jugak kan, alaaa kan kita buat dia, jadi projek ON teruss..tak banyak cerita, buat diam2 jee...


P1250360
Hmmmm..pada mat lah kan....sedapp lahh walaupun dah jadi kroket tapi rasa ke"tempe"an tu masih ada...mat campur lah sekeping daging burger, kalau tak de, guna daging kisar pun ok. Lepastu mat salut dengan serbuk roti sebanyak 2 kali, bagi kulit dia tebal sedikit. Masa goreng nak kena jaga, api sederhana, takut nanti dalam tak masak tapi luar dahh hangus, apa yang penting, masa tos kan tu alas dengan 1-2 helai paper towel kasi dia nya minyak serap. Ok, jom lah kita lihat resipi, dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tempe (jenis bungkus dalam daun) atau 150 gram
1 keping daging burger jenama "Ramly", hancurkan
2 ulas bawang putih*
2 keping hirisan nipis halia*(*tumbuk halus)
1 camca teh serbuk lada hitam berperisan "Aji-Shio"
5 pokok daun kucai, hiris halus
1/2 camca teh rempah kari daging
Garam dan sedikit gula halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk roti kaler secukupnya (mat guna yang kaler oren-kekuningan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe, dipotong kemudian tumbuk hingga hancur. Masukkan dalam satu bekas, bersama daging burger dan bahan2 di atas kecuali telur, serbuk roti, garam dan gula. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, gaul hingga rata. Rehatkan sekejap.
  2. Ambil kurang lebih 1 camca besar adunan, bulat2kan dan tekan sedikit, nak buat bentuk bujur pun boleh, terpulang. Celup dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti, rata2. Celup kembali dalam telur dan golekkan sekali lagi atas serbuk roti. Letak dalam pinggan. Lakukan kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng kroket tadi anggaran 5 -6 biji sekali goreng, hingga menjadi kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda..

15 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

wahhhhhhhhhhh!! nak pengsannnn!


tempeee! tempee! akhirnyaaaa! penantian telah berakhirr!

balik cuti ni nak buatttt!

tempeeee!!!

Sunah Mohammad said...

wah! lain dari yang lain!

Ginger said...

salam kenal. rs x percaya itu tempe. 1st pic ingat nugget!

DeQdEq said...

best juga resepi ni....caya la abg mat gebu..

hana said...

gua jawa... gua harus cuba resepi nih! idop jawa dengan tempe! wakakakakakaka....

Mas said...

arrgghh..sedapnya......
yang mencicah tu...tangan montok sape tu..he..he..

mia.lia said...

uwaaaa..tempe..hehehe
ape bezanye dlm plstik n daun tuh?

~...AmALinA....~ said...

waa truz lapa.....

AiDa said...

Sodap nyer CMG...bole la try..tapi tak tau bila nyer..huhu..memang fabeles la CMG..caiyOk..caiYok..!!

Food&Travel Lovers said...

sy peminat setia tempe..xsgka tempe boleh jd mcm nugget...harus mencuba ni..btw cik mat, hr ni sydok menerai resepi roti bunga n roti silang inti cendawan cik mat....first time roti sy menjadi...br tau mcm mane nak masak roti....

Areef Ibn Naim said...

salam,

entri penghargaan daripada saya utk cik mat :

http://ibnunaeem.blogspot.com/2011/02/terima-kasih-cik-mat-gebu.html

tqvm ya!

Ummi said...

Salam Mat, rasa ke"tempe"an xpa...jgn rasa bak kata Hana, ketelorannya tu...hahahaha...adeeiih xleh igt laa...nak pi Ladies terus rasanya..hehee

miSs inTerpReted said...

sedapnya nampak cik mat! nak try buatlah esok...inovatif betul guna tempe. saya suka tempe maka saya sangat suka resipi ini. :) thanks for sharing.

Jaa said...

sedapnyer... saya pun suka tempe...
nak try ler nti... thanks cik mat..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh cam nugget.bestnyer

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.