BEN ASHAARI

Monday, February 14, 2011

HASH BROWN......SARAPAN ALA BARAT....

P1250613
Morning semua, haha bahasa blog aku rojak?...tak pentingkan bahasa yang standard?...tak cintai bahasa Malaysia, lagi apa eks, haa melayu derhaka?...what the hell...tak suka pi kat kanan atas sekali ada tanda "X", sila klik yeaa...takkan tu pun tatau, ini blog sapa punya?...bukan ahmad albab yang punya, bukan ahmad jais yang punya (artis feberet nihh) atau ahmad nawab yang punya..ini Ah Mat Gebu yang punya (sementara allah bagi pinjam "nyawa" nikan, kira aku punya lahh). Ok malas nak cita, buat sakit organ dalaman aku jee.. Pagi ni laksanakan satu benda yang dah mat angan2 nak buat sejak 2 hari lepas..Iaitu "hash brown"....Tu hari nampak Puan Fauziah Abdul Samad @ Kak Jee, kat sini.. buat, terkesima pakcik mat melihatnyaa..tergoda teruss, yelah aku ni kan lemah semangat, kalau orang goda2 jee cair...meleleh - lelehhh!!...haha,

P1250614
Jadi mat pun pagi tadi buat lah, hmm guna non-stick pan comey aku tu, dapat lah dalam 3 keping, yang sederhana tebal. Kentang pun saiz tak berapa nak besar. Mat guna minyak zaitun untuk memasaknya dan yang lain2 sama macam resipi kak jee. Lepas tu baca kat blog kak jee, bahan sampingan kalau nak makan benda ala ni, antaranya sosej, scramble egg, bake beans dan roti bakar (cuma roti je aku tak de)..Mat gebu buat seperti yang disaranpan, yelah kang aku letak togel jee kat blog, mula lah sok-sek kata...pstt habis idea lah tu, macam tak bermaya jee gambar...kannnnnn....uikk sentap ke, Allah gurau jeee, jangan marah, nanti cepat tua...tapikan kalau lalat selalu singgah blog kita, kita pun cepat tua...nasib baik muka aku tegang lagi...biasa lah "mat gebu kan makan tempe"...bukan pi "cucuk"...okeyy..

BAHAN-BAHANYA :-)
3 biji kentang (mat guna kentang kaler putih, kandungan kaji tinggi)
1/2 biji bawang holland, cincang
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit mentega untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun)

BAHAN LAIN :-)
Telur hancur (scramble egg)
Sosej, samada dicelur atau dipanggang
Bake beans, secukupnya
Roti sandwich, jika suka (tak letak sebab tak de)
Sos kegemaran (tak letak sebab dah makan dengan bake beans)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang dikupas, cuci, lap kering dan sagat, kemudian letak atas kitchen towel bersih, biar air kentang terserap. Masukkan dalam bekas, satukan bawang, lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata2.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak dan dot kan sedikit butter, ratakan. Sendukkan campuran kentang tadi, yang ni agak2 lah. Masak dengan api sederhana hingga garing, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga keperangan. Alih dalam pinggan, buat hingga siap.
  3. Susun dalam pinggan sesuai dan letakkan bahan sampingan seperti dalam gambar di atas. Hidangkan sebagai sarapan pagi...Selamat mencuba..
CATATAN MAT GEBU :- Nak senang, guna kuali non-stick jenis besar dan lagi mudah untuk diterbalikkan, tapi memang kena berhati2, sebab ianya mudah pecah.....

18 comments:

putERi-kAtEk said...

patutla rasa sakit perut pagi tadi...rupanya pakcik mat masak sedap2....huwaaaaa...laparnya

fadwah said...

En.Mat,

nk tnyer sket..nnt bile menggoreng yang kentang2 tu tak berterabur ke..mcm mn nk jadi cantik elok melekat je mcm yang En.Mat buat tu..cedapnyer!

akuanakpahang said...

Bila nak rasa makanan org barat nie asyik makan, makanan org timur aje :)
New Entry "Kemaruk berbini empat."

siti azizah Sang Pencinta said...

en mat.. salam ziarah.. dah lama saya follow blog ini.. zaman sebelum tiffin biru.. canteknya tea set en mat nihh.. nak dapat boleh jual ke kpd kami..

ceritera asni said...

CIK MAT..MACAM SEDAP JER...

ct_nurmarlissaa said...

erm...sarapan Western Simple kan...:-)

Reiko Kazumi said...

wah cedapnya!! biasa makan kat cafe, English bekfes tapi tade Hash Brown.

Drunbella Khoo said...

kalau rebus dulu kentang tu then lenyet tak boleh ke?

Sari Yusa Ibrahim said...

kena speaking London ni Cik Mat... hik2

Mama Hanim II said...

gambar tu menggoda btul lah..hehe..

Sharifah Sofia Persoalkan Valentines Day Haram

AdyBudika said...

kalo aku tak tengok cara2 buat die..aku rasa macam murtabak yg pernah aku beli masa kat bulan posa..grrrr

mummy umar said...

Salam cik mat gebu,

Saya nih sebenarnya silent reader blog cik mat. Selalu juga jadikan blog cik mat ni sebagai reference. Alhamdulillah, menjadi belaka!Terima kasih ye?

Saya selalu juga buat hashbrown. Dalam kebanyakan resipi hashbrown dari barat, jenis kentang yang biasa digunakan ialah Russett potato. Harganya agak mahal dari kentang biasa, kalau area Lembah Klang saya selalu beli di Cold Storage.

Bulat said...

Kelas la U ni Mat... anyway hari2 jenguk u punya blog before masak..haha.. feel free to visit my c's blog ye...www.pinkybite.blogspot.com kami ada jual cupcake n cakes for wedding & etc!

Jiya said...

nenek2 tadak gigi bagus makan cenggini. kikikiki

Mr. Mama said...

salam en.MG...
mr.mama minta izin kopi n pes resepi roti prune ya....
dah post baru nak minta izin...hehehehehehe....

Sunah Mohammad said...

salam che mat..yup, betul tu..kalau kentang2 ni memang mudah pecah..last2 jadi scramble egg lak kang...

lalat, lalat...zassss~

supermommapots said...

wahh western..saya nak wat esok la..smer ade dlm fridge..segera2..haha.hashbrown segera ada..cuma buat telur tu jela..hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Seksa mata tgl masakan cik mat yang sedap-sedap.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.