BEN ASHAARI

Friday, February 18, 2011

ASAM TUMIS IKAN PARI.....PROMOT BLOG 2 - 11

P1250735
Selamat malammm...jomm tidurr...haha, mati lah skandal kang...tapi sebelum kita tidur..ehh kita pulak, sori...sebelum anda semua tidur..mari cuci mata dulu buat modal idea masak esok. Mat esok akan menerima kehadiran tetamu dari Negeri Sembilan, insya allahh, apa2 esok mat cerita kalau depa jadi mai rumah ceQ. Amacam jemu gila kan N3 mat gebu..asyik2 asim tumis, asam pedas, singgang dan roti...Apa nak buat kann..dah tu je aku masak. Ikan pari ni segar dari laut, bukan dari ladang ah kim atau ah chong...Ni segar dari Endau...baru naik dari bot punya ikan. Apa2 masakan pun kalau bahan2 segar, sahh hasilnya sedap dan manis, mat campur sawi jeruk dalam dia...kalau anda tak suka, boleh letak sayur bendi atau terung, terpulang.... Ok kali ni promot blog wanita pulak...depa ni anggun2, comey2 dan...dan...dan....arghh tatau nak kata apa...

Tuu diaaa sedikit header dia mat culik. Blogger ni student koo,nama Nora Adila, bakal engineer lagi...perghh, hebat lah gadi2 zaman sekarang ni..ok kalau nak usah2 ke, nak skodeng2 ke boleh lah merempit ke blog beliau di sini..... Ok recipe time...jomm!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kilo ikan pari
1 paket sawi jeruk (optional)
1 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (@ serbuk perasa)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat, siang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau kasturi selama 10 minit. Kemudian cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dipotong, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk, dan juga ikan pari. Kacau perlahan.
  3. Kemudian tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit garam, jika nak letak serbuk perasa, boleh renjis kan sedikit..(jangan banyak2...kalau botak esok, aku tatau!!).
  4. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

9 comments:

suripermai said...

sedapnyaaaa... nak kena buat la... :)

kakchik@ella said...

taruk lada hitam dan buah hitam ye cik mat? dua bahan tu kakchik tak penah taruk lah. blh la kakchik cuba nnti. hihi ..

Sunah Mohammad said...

salam che mat~

alahai che mat, typo la pulak kat situ..gadi2 tu ape? :p

akuanakpahang said...

Salam CNMG, mmg menyelerakan pergh :)
New Entry "Tukang kasut boleh kaya!"

Ummi said...

Hahahaa..Mat ko mana leh tdo malam ni..kena masak sampai kul 4 pagi kang..kan ada rombongan meminang nak datang esok...wakakakkaaa...sabau eks..esok jgn lupa pakai apron pink lip-lap lip-lap eh..

MamaFaMi said...

Sket baik dalam resepi ni tak ada nenas, kalau tak, mau ma confirmkan, ko baru tuai ladang nenas ko yang 4 ekar tu! Hahahaha...

Citarasa Rinduan said...

rajin bak memancing..
cik mat..siapakah yang datag tu??

suprisenya

PS: ikan pari jenis nie mmg lembut

asfz lily said...

sedapnya..huwaa..mau2.. ngee~

sha said...

Yummy! i am already mouth watering.. Kecur liur. Lama tak makan asam pedas! nak buat, xde dapur..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.