BEN ASHAARI

Sunday, January 23, 2011

PUDING ROTI KARAMEL...

P1250168
Haa, mula dah mata ni, lekat2 jee, bila kelip mata, terus tak nak bukak balik, ngantuk semacam. Anda macam mana dah mula sangap2 ke?. Malam ni sebelum masuk tidur mat letak satu N3 pencuci mulut, saja lah buat petang tadi nak ngabiskan baki roti. Resipi mat kutip dari blog Hana Jepung", kalau kat blog hana nama dia panjang sangat, tapi mat letak yang singkat sudah lahh, kang tak muat nak tulis kat "MyKad" blog DTS. Tak caya nama dia panjang?..Okey klik sini, sendiri tengok nama dia macam mana.

P1250170
Resipi ini senang disediakan dan rasa dia pada mat, just nice tak delah manis membunuh, cuma ok- ok saja. Tak guna gula, kecuali untuk buat karamel tu saja lah. Pudding ini manis dia datang dari susu pekat manis yang digunakan. Hmm, eh blurr lah nak tulis, ni pun tah berapa kali berhenti sambil lelap2 mata...waaahh kes berat ni, macam nak kena tidur awal nihh..hehe, ok lah, nanti kalau bebel banyak2 dah lari dari topik, hmm jom lah semak resipi. Terima kasih yea hana jepung...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar gula pasir
1 camca besar air
3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...

15 comments:

Mr. Swift said...

Yummy! :O


Psst! : Kenapa Blogger Adalah Penjahat?!
Psst! : Baby Comel The Bob Marley Type!
Psst! : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

Kak Rosaliza said...

Salam en mat gebu..best n menarik puding ni

n.i.n.a said...

eh abg mat.. brape biji telur eh? :D

hana said...

menarik2..
nk try la t..
=d

Mat Gebu said...

@ nina - hehe, thanks, dah edit, telur tertinggal di Jepun plak tadi..

Noraizam said...

nmpk sgt abg mat ngantukss ...
sedap jadi 'sedoa'...
heeee....nak try nt

Noraizam said...

nmpk sgt abg mat ngantukss ...
sedap jadi 'sedoa'...
heeee....nak try nt

Mat Gebu said...

@ noraizam - terima kasih...dah lah tadi tertinggal telur..hadoii..hehe.

Miza Yusof said...

menarik! sedapnya cik mat :)
nak cubalah. hehehe :)

ilahjy said...

salam che mat..
kak ilah pun dah buat 2 kali puding ni amek dari mamahana jepungggg juga laaa..tapi kak ilah dah tambah sikit isi perutnya..hihikhik..jom la tgokkk manatau berkenan cara kak..jgn maree mamahana mamatok pomot hehehe..

Amy Syaquena said...

fav nie jadi harus di cuba nie...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nak lari ke dapur buat sempat lg ke tak ye?tp mmg menggoda tekak ni CMG..

Iman Nur Aima said...

td buat...jam 10 siap...dah makan..sedaaapppp....thanks 4 sharing :)

cik muntel said...

Cik Mun nak try la... cam sedap je...

Ammar Yasir said...

Sedapnya.. PCM belanja boleh? hehehe