BEN ASHAARI

Friday, January 28, 2011

PARPU TELUR @ PARPU अंडे

P1250247
Hujannnn..hmm sejukk laa, bila hujan mula macam lemau, tak berapa nak rajin, bantal melambai2 manja jee, siap tepuk kat atas tilam suruh kita landing...argh, mana boleh!!, tak suka..tak suka....pantang mat gebu tidur disiang hari, bukan apa, nanti kan mula lah aku hangin, napsu jadi besau kauu...ala2 naga tasik chini, nak marah memanjang...lepas tu mulalah nak menghadap segala benda makan, hadoii, susah sehhh..itu pasal aku pantangg tidur siang, tak pe lah jangan pantang tidur malam sudah...kes berat tu. Ok resipi ni hari mat ambik dari blog MamaFami, di sini.., my idol gitu..serius beb..mama ni rajinnnnnnnnn sangat, apa2 pun kamsia lahh ek, luu kasi share ini resipi kat luu nya blog, ni hari guaa sudah kasi test, not bad i likeee....thanks yea mama....we lep u..perghh..skandalll....pengsaaannn >_<

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan kacang dhal, rendam 1-2 jam (mat rendam 1 jam)
3 biji kentang, kupas, dadu dan rendam
1/2 inc halia*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 biji telur (mat guna 4 biji)
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT :-)
1/2 biji bawang besar, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
2 tangkai cili kering, potong serong
1/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang dhal hingga lembut, masukkan kentang (toskan) dan biar hingga kentang empuk. Masukkan bahan2 tumbuk halus, serbuk kunyit dan santan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  2. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. Biar hingga telur masak, gunakan api kecil. Bila dah ok boleh matikan api.
  3. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis darat dan goreng hingga harum, matikan api dan tuang ke dalam peiuk tadi. Boleh dihidangkan..






9 comments:

Salam sejahtera....... said...

kalau mat gebu bertukar jadi naga, boleh buat persembahan tarian naga sempena tahun baru cina ni.

akuanakpahang said...

Salam CMG, aduhai mana rasanya bender nie ada macam gaya kuih wadey tu :)
New Entry "Aku kelemasan..."

Ummi said...

Mat, waaa ni kira parpu ke kerapu..hahaha..lepas makan mst ko lg byk merapu kat YM..adeeehhh...Apasai ko pecahkan telor tuh...x suka sebiji2 ke..hahahaha, adeeii sabauu je laaa...ampun maaf eks..

kakchik@ella said...

kakchik pun bengang + bingung ari ni cik mat. dari pagi sibuk ni baru dpt merayap skodeng mknan cik mat.

tak penah lagi buat parpu. blh cuba ni cik mat.

mia.lia said...

alamakkk..dtg blog abg mat je msti lpr..bila lapar je dtg blog abg mat,..hehehe

Areef Ibn Naim said...

salam cik mat,

parpu tu maksudnya apa cik mat? tak silap saya pernah tgk filem penang mai, ada sebut parpu...


ooo sy igt masak apa sebab ada kacand dhal, rupanya masak telur yer... sy pernah makan telur masak sup, masak lemak, n masak kari...

resepi yg ni lum pernah... bestkan dpt cuba resepi baru...

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Sedap...tu kalu kat kpg saya panggil peridih teloq...
Jemput ziarah...
http://badrul-perjalananku.blogspot.com

mamawana said...

Sadap gulai parpu ni...sgt saadappp terlebih sedap lerr tu... ihikks Kalu nasi dah habis bleh bikin lempeng cicah kuah parpu.

k pop said...

Sdpnye parpu tloq..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.