BEN ASHAARI

Friday, January 28, 2011

BAKE ALFABET 102...in...PETITE PAN.

P1250251
Hai semua, ni kira N3 terakhir hari ni, tiba2 rasa penat..stress dan ishh tatau nak kata apa lah, pala otak macam ada banyak benda nak kena settle kan, esok hmm...mungkin tak boleh nak update macam selalu, sebab ada urusan yang mesti juga kena buat, kena juga rajinkan diri, walaupun secara jujur, memanggggg maalaassss nak buatt..huhu. Ok lah petang tadi hujan, bila dah hujan aku pun dah mula gatal tangan, menyelemey segala khazanah dalam peti sejuk doraemon, cari apa yang ada. Hmmm, terpandang pasta Alfabet 102 masih banyak berbaki, jadi secara langsung idea datang...."tinggggggg"..yeaa projek pun on....

P1250256
Nampak macam biasa je kan, bila dah buat macam tu, hilang dah alfabet 102, dah jadi seketul ala2 muffin. Tapi kan rasa dia sedap, ala2 murtabak pun ada, ye ke sedap?...Haha of coz lah dear, dah pak cik mat yang buat, gila nkoo nak kata hasil sediri tak sedap..huh sungguh tak memotivasikan diri langsunggg.. Mat buat kurang lebih 2/3 cawan pasta alfabet 102, dan menghasilkan kurang lebih 20 biji, sedap dimakan selagi suam bersama sos cili atau tomato....

Dann...mat guna acuan kecik2 macam dalam gambar tu. cute kann...Boleh beli kat Tesco, Giant, C4 (Carefour) dan juga kedai menjual alat2 baking sekitar tempat anda... Ok sebelum jadi 2 muka surat mat gebu berleter, elok kita semak resipi mudah nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2/3 cawan pasta "alfabet 102"..boleh lihat contoh di sini..
1 keping daging burger, jenama "Ramly", dihancurkan
1/2 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1 camca besar rempah kari daging
1/2 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
1/2 cawan santan @ susu sejat @ air

BAHAN KASTARD :-)
3 biji telur gred A
100 ml santan @ susu sejat
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta alfabet 102 dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam, hingga pasta lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun (minyak makan biasa pun ok). Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, dan bawang besar hingga layu. Masukkan rempah kari, kacau dan tuang santan (atau susu sejat atu air). Kacau dan masukkan daging, serta lada hitam. Masak dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga kering. Tambah cili merah dan hijau, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan comel (macam dalam gambar di atas) dengan sedikit mentega. Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan pasta dan juga no. 2, kacau rata dan sudu kan ke dalam acuan comel tadi hingga hampir penuh.
  4. Satuan bahan untuk kastard, kacau rata dan tuang atas pasta tadi sehingga hampir2 tenggelam. Buat hingga siap. Bakar selama 25 minit atau hingga permukaannya jadi kuning keemasan. Keluar dan sejukkan, boleh hidang untuk minum petang..

9 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

sesuai untuk yuyu ^^

Nieza said...

wah menarik resepi cik mat ni..sedapnya!....mkn lak ngan sos dan mayonis lagi ler sedap..hehe

Mat Gebu said...

@ yuyu - yep sesuai sangat utk gadis comey lagi ayu...:-)

Adzriel AB said...

memang sedap buat minum petang. kalau duduk rumah papan masa kecik2 dulu2, minum dgn kopi o masa hari hujan kat luor..

♥yaya budak suka embun♥ said...

menarik ni..nak cubalah balik rumah nnt :)

asnah58 said...

nice rasa terliur, t.kasih kerna berkongsi

AIN MUSTAZA said...

kalau alphabet xde..pasta lain boleyh x?

Yaati Nor said...

mintak kebenaran c n p resipi yek

Yaati Nor said...

saya buat semalam tapi bertabur mcm nasi..nape yek?kurang telur dan susu ke? sebab saya buat 1 loyang 7 inci

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.