BEN ASHAARI

Friday, December 3, 2010

TERUNG GORENG SOS HOISIN.

P1240282
Salam semua, jumpa lagi, hehe, idea tak de, jadi letak jee lah apa yang ada. Sapa suka makan terung?..Yang mat tau dan pasti lah kan, Hana Jepung yang ini, dia memang sukaa banget makan terung, kalau masuk miss terung's 2010, sah2 menang....hadiah dia, setahun free supply terung ke rumah.. hahaha, sori Hana, pengsan kee koo baca aku tulis nihh. Ok lah, sebenarnya tadi plan asal nak masak kicap, tapi mat oter sikit, goreng dengan sos hoisin. Sos Hoisin boleh beli dipasaraya besar macam Tesco, Giant, JJ dan C4..tak pun kedai2 mini market pun adaaa...Jadi petang ni bebel sikit jee, jom semak resipi mudah, alaaa, masak cincai jeee..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru, saiz sederhana
1 genggam ikan bilis jenis kecik
2 camca besar sos hoisin
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
1 biji cili merah, hiris serong
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air berisi garam. Ikan bilis dicuci bersih, toskan dan goreng hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau dan tuang air. Bila mendidih, masukkan terung (toskan dulu)dan hirisan cili merak, masak hingga terung lembut.
  3. Rasa dan jika ok, matikan api, alih dalam bekas sesuai, tabur ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan segera...hmm, i likeee!!!..

4 comments:

Kamsiah said...

en mat,kenapa terung perlu direndam dlm air garam...?adakah utk mengekalkan kalernya?

MisS NaSiHa said...

waaa..sy pn slalu goreng terung cmni..sedapp!! akak kamsiah..meh sy nk tolng jwb..hehe..rendam air garam tu xnk bg trung jd kuning2..kra btol la cm akak ckp.. :)

BlueberrY CheesE said...

mcm sedapp!! nnti nak cubelahh
tapi masak terung yg ira paling suke ialah pajeri terung. n musti kena air tangan nenek. smpai berperiuk2 ira bole makan sorg. hihihih =p

Mat Gebu said...

salam untuk...

@kamsiah - benar seperti kata mis nasiha tu, selain tu kan terung ni kan di sembur dengan racun2 serangga tu pasal mat rendam dalam air garam.

@miss nasiha - terima kasih yea, tolong jawabkan. ;-)

@bluberry - wahh suka makan pajeri yea, tu mesti ada resipi rahsia tak pun air tangan,.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.