BEN ASHAARI

Tuesday, December 28, 2010

TAUHU BERCILI..dan..GIVEAWAY EQBALZACK.

P1240743
Cakkk...hehe salam petang, jumpa lagi...eh bosannyaa lah petang ni, boring tahap cipan, nak on9 pun bosan gilaa, tapi kalau tak tengok blog, lagi boring..hmm..tak pelah, selagi boleh dikawal perasaan bosan ni, elok lah kita kawal, jangan biar melarat. Kalau melarat, mat gebu pencen lahh berblog..hehe.. Ok nak share satu resipi tauhu bercili, ini mat ada ambik sikit2 idea dari buku kak liza, dan telah mat gebu oter..hehe, alah, releks laa, kak liza tak marah pun...kan kak liza.... Dia ni ala2 tauhu masam manis pun ada, sambal tauhu pun ada..yang unik penggunaan daun kari dan serai sebagai penambah aroma...Oh yea..sebelum tu...sila..sila tengak pic mamat bawah ni...ada makcik2 yang kenan nak jadikan menantu?...tengok betul2!!..
Dah tengok?..Amacam sesuai tak?..Ok, teman blogger "En. Eqbalzack" dari blog "ku rasa something" ada membuat satu Give Away di blog beliau, jadi anda boleh lah sertai nya di sini...ada sedikit syarat2 biasa.. alahh syarat2 cikenn jee beb, luu boleh buat punya lahh!.... Orait, selesai dah, jomm semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tauhu
1 biji bawang holland, dihiris bulat
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang serai, dititik
4 -5 biji limau kasturi, perah jusnya (guna asam jawa pun ok)
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dipotong 4 setiap sekeping, lumur dengan sedikit garam dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan serai, daun kari dan cili kisar. Bila sedikit garing, tambah sos tomato, sos cili dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tambah hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Masukkan jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Kacau dan masuk tauhu, gaul hingga rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, matikan api. Boleh hidangkan..

10 comments:

hani said...

salamm cik mat...menggoda sungguh tauhu tu...nyum nyum

misza said...

ingatkan cik mat nak komen/jawab pasal eqbalzack=ben ashaari. hehehe...
suka tauhu. makan tauhu baik sebab byk protin.

akuanakpahang said...

Kena dgn nasi minyak tarangkat juga nei :)
New Entry "Andai kitalah si anak ikan kecil itu…"

Mat Gebu said...

@ hani - yeaa betul, saya suka tauhu masak macam ni..

@ misza - hehe, tak lah yang tu...segan nak komen..

@ AAP - betul2, sesuai sangat..

kakchik@ella said...

En. Mat .. penah tak cuba Tahu Thai? Tahu hiris nipis2 pastu goreng. pastu curah sos thai mae pranom. pastu tabur kacang tanah kisar dan timun hiris. sedap En. Mat.

Mat Gebu said...

@ kak chick - wahh..bahan semua ada kat dapur, tinggal beli tauhu je nih, terima kasih kak chik..beri idea bernas..

Nieza said...

salam En.Mat,
nampak sedap ni ....saya suka yg pedas2...tapi lum pernah masak mcm ni lagi...nanti leh la try....hari ni saya cuba resepi puding kiwi en.mat..minta halalkan resepi yer dan terima kasih yer berkongsi resepi...:)

ADfeez said...

dengan kaler yg mcm tu... mmg x bleh tolak kalo dpn mata nie.... aishhhh :P

Mat Gebu said...

@ nieza - salam, resipi tauhu ni tak berapa pedas, tapikan boleh tumbuk cili padi dalam 4-5 biji bagi rasa menyengat sikit.

@ adfeez - tuu dia, tarikkan pertama tu..terima kasih sudi komen..

eqbalzack said...

MG, terima kasih promote saya punya GA...terharu org popular mcm MG & BA tolong promotekan...

pssttt...bila nak buat resepi 'kurasakan something' pulak...hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.