BEN ASHAARI

Friday, December 3, 2010

SOFT BUTTER BUN....KEMBANG SETAMAN.

P1240313
Salam semua, whaaaaa, ngantuks laaa. Takpe2, sebelum mat gebu penggsan, nak letak N3 untuk sarapan esok yea puan2..tuan2..dan anak2 semuaa. Sebenarnya mat tak tahan godaan, ni semua salah mamafami...mama ni kan dia memang tau suka seduce2 mat gebu, tau lah ramai yang geram tengok jari montok mat gebu, tapi kenapa kauu goda ku dengan roti mu itu...aduhh, kan dah terbuat petang tadi, tapi kan mat buat sikit je, saja suka, buat 1/2 dari resipi mamafami, dapat lah 6 ketul saiz sederhana besar, ala2 telapak tangan mat gebu..haha, kang aku sebut2 nama orang lain, ada pulak yang tanya soalan maut....

P1240314
Sebenarnya kan ini hanya doh asas, anda boleh buat pelbagai rupa dan gaya serta inti yang anda suka. Kalau nak buat bun inti kari, sardine atau sambal tumis pun sedap. Ianya lembut dan gebu. Kalau tengok mamafami buat, perghhh!!, macam2 pesen bentuk dan ropaa, mesti ada yang melopong, tak caya..boleh tengok kat sini..tapi awasss, jangan pengsann!..hahaha, sure mama fire aku lepas ni...Ok jom semak resipi, mat buat 1/2 dari resipi dibawah nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 ml air
1 biji telur, pukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1 camca teh bread improver
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
30 gram mentega
Inti kegemaran (mat guna jem rossel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 kecuali mentega dan inti, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, adunan agak lembut sedikit, boleh tabur sedikit tepung masa menguli. Bulat2 kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, perap 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali inti dalam BreadMaker, pilih setting untuk DOH, tekan ON. tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Bahagikan adunan pada 6 bahagian (ini sebab mat buat 1/2 dari resipi diatas yeaa....) kurang lebih berat 55 gram 1 bahagian. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian leperkan isi inti rosel 1 camca teh penuh, kemaskan dan bulat2kan. Leperkan sedikit, canai berhati2. Kelar 8 bahagian macam dalam gambar. Buat hingga siap.
  3. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Biar 40 minit hingga naik, sapu dengan kuning telur, letak 1/2 bahagian ceri, bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan, boleh hidangkan...

8 comments:

Ummi said...

Waaaah ko sedap2 meroti...akak rasa nak uli manusia ko tauuu...! Adeiii..baru lepas mengamuk nih...ntah apa2 akak tulis tuh..huhuu

.: raudhatunnisa' :. said...

saye gune en. BM utk mnguli doh tu. tapi kan, nak tanya, kenapa bila dikluarkn dr mr. BM, dia melekat2 kt tgn bila nk bentukkn. jadinya, agk ssh nk bentukkn doh tu mcm yg diingini. a.k.a, xcntkk sgt le ghupe roti 2. huhu~
pernh b4 ni,,p letak tpg kt tgn byk3 utk elakkn dia melekat. hasilnya?? roti tu jd keras kebaton.hadoi.mcm mane nk buat ye???

Syafiq Rosli said...

huhu..lapa je tgok..

Siti Noraisyah said...

bila la baru nak pandai buat roti mcm ni.. huhuuu.. tgn ni kejung je bila kat dapur..

MamaFaMi said...

Mat...segebu gebu tangan ko, gebu lagi telapak tangan mama kat dalam gambar tau! Hahaha... Uiks.. dalam diam, ko pun meroti eh. Cantik je 'batu delima' setongkol atas roti ko tu. Ma tak ada yang setongkol, tu yang men letak je yang kecik kecik tu. Jaaaadilah..janji 'berbatu'.. hahaha..

Pstt Mat.. ma outstation nih.. yabedabedooo...vacation!! Jangan ditanya ke mana ku pergi... wah... Bukan daku yang membawa diri, tapi diri ini telah dibawa oleh suamiku tinggi di awan biru...wah wah wah... leh caya ke nih? Muahahaha...

Scarlett O'Hara said...

Dapat tengok je lah.Tak de bakat langsung memasak.Masak telur je pakar.

Matika Love said...

wow sedap...........menarik............

k'ngah kurau stone said...

Tengok pun dah sedap gebu gebus gitu..asal masuk dapur MG ni mulalah tangan k'ngah ni pun nak mengulijugak..maklumle takdok BM..tapi apakan daya kerja dah mula melambak...exam oum..meeting..bengkel hu..hu dah di penghujung cuti.Namun DTS antara sumber inspirasiku ketika d'dapur melayan selera anak2 dan hubby.TQVM

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.