SINGGANG SERANI IKAN "MACKEREL JEPUN"

P1240360
Salam dari mat gebu..asyik2 salam..yelah takkan nak kata "yamm sengg" pulak kan..Ok N3 sebelum tidur pun jenis biasa saja, lauk singgang ikan serani. Rasa mat kan dah berpuluh kali ulang tayang kat DTS ni, tapi tak pe sebab ada tu guna ikan tak sama jenis. Anda pernah makan Japanese Mackerel?. Tu hari masa mat pi Tesco, ternampak lah ikan ni, waaa mat gebu memang feberet nkoo ikan ni, walau pun aku tak duduk Jepun, tapi dah banyak kali makan, paling sedap dimasak asam singgang atau asam pedas. Kukus, lepas tu makan dengan budu pun sedapp, buat kari dengan terung pun ok, masak sambal pun menyelerakan, pendek kata apa2 jee lah. Sebabnya apa tau, ikan ni daging dia berperisa, tak tawar hebey. Tu hari masa kak liza datang mat masak dalam 3 ekor (termasuk untuk kami makan), dan bakinya 1 ekor lagi mat masak siang tadi untuk bonda berbuka puasa.. Kalau nak tau rupa macam mana ikan tu, sila lihat gambar dibawah ini yeaa....

.....JAPANESE MACKEREL.....
(Gambar ihsan Encik Google)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan "Japanese Mackerel" (kalau tak de belasah apa2 ikan)
1 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa
1 biji terung bulat
1 bij tomato
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
25 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi dikerat kepada beberapa bahagian, buang perut dan insangnya, cuci bersih dan toskan. Terung dibuang sedikti kulitnya, belah 6 dan rendam dalam air bergaram. Tomato dibelah 4. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik, kacau hingga sedikit garing. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml), tambah asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna). Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan terung, perasakan dengan garam secukup rasa. Biar mendidih hingga ikan masak dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah dan tutup periuk. Biar sejekejap dan boleh dihidangkan...

Post a Comment

11 Comments

  1. sekali pandang cam ikan selayang kan che mat..

    dah pernah buat menu ikan singgang serani. mmg best :)

    ReplyDelete
  2. salam..., telioq laaa...masakan lauk yg paling baik dr segi kesihatan terutama mereka yg berkolestrol tinggi.tak ggitu?

    ReplyDelete
  3. salam cik mat.
    entry khas untuk anda..

    http://cekrasala.blogspot.com/2010/12/mencari-jodoh-buat-mat-gebu.html

    ngeeeeeee :D

    ReplyDelete
  4. abe mat.den da siap buat entry cari jodoh utk hang:P

    jempot la usha2:P

    ReplyDelete
  5. konfrm sodap..salam maal hjrah n cari jodoh..MG..:)

    ReplyDelete
  6. ini masakan feveret ibu saye ni.orang tua-tua selalu datang angin xselera makan.Singgang mmg sesuai sangat nk buka selera dorang sebab pedas2 masam.=)

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah Cik Mat,

    sangat ingin menyertai segmen En Ben tentang Cik Mat tu...tapi tak ada masa nak buat..tersangat sibuk...

    singgang ni memang masakan feberet saya juga..dalam pantang selepas melahirkan juga selalu masak ni, sebab tak boleh nak makan masakan yang berminyak2 dan bergoreng gitu...

    http://nurazzah8.blogspot.com/2010/12/maal-hijrah-1432.html

    ReplyDelete
  8. tengok gambar pon dah menyelerakan che mat...
    kalaulah balik kerja kari ni dah terhidang atas meja, maunye 3 pinggan nasik aku tambah :P

    ReplyDelete
  9. Salam Mat Gebu..
    Betol ikan tu sedap..sy baru ni dpt dtg Jepun suka gila ikan tu..tk sangka plak Mesia pun ada ikan ni.. Lemak2 dan lembut jer isinya kan kan

    ReplyDelete
  10. hari ni sy masak singgang Japanese Mackerel ;)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.