BEN ASHAARI

Sunday, December 12, 2010

LEMAK PUCUK PAKU BERUDANG

P1240407
Assalammualaikum semua, salam Ahad. Semua ok?. Mat ok juga, cuma perasaan masih belum stabil, jika duduk tanpa antiviti, mula lah teringat kesah2 sedih, setabah mana pun kita, bila kejadian yang sebenarnya berlaku, pasti ketabahan itu akan tercalar, hmmm, mat pun malas nak paksa2 diri, biar jelah ia berlalu mengikut waktu. Jika tak dikenangkan blog masakan ini amat bermakna pada mat, sudah pasti mat akan berehat panjang tanpa N3, tapi perasaan sedeh tidak boleh dikutkan sangat.. Terima kasih mat pada Ben, Kak Ummi, Kak Liza dan Mamafami atas kata2 perangsang dan nasihat. Pada semua juga, terima kasih tak terhingga ((mat masih terbau2 lagi haruman kapur barus...huhu))...

P1240410
Ok, hari ni dengan rasminya mat mula masak, tapi kan selera tak de sangat (alah, mat gebu kalau tak makan pun, tetap menten gebu jee..hehe). Tak kesah lah, janji dah masak. Dah lama juga tak masak ala2 peranakan. Semalam mat beli pucuk paku perak dalam 3 ikat (yang 1 ikat = RM 1 tuu..), maka teringin nak masak lemak dengan udang, ala2 peranakan. Lepas tu ada pulak tempe dalam 2 keping, dari membazir mat masukkan je sekali, wahh, lagi nampak meriah dan sedap lahh..tak rugi aku letak tempe. Pada dasarnya sama je kaedah memasak kaum peranakan dengan orang2 melayu kita, cuma ada lah sedikit perbezaan dari bahan2 yang digunakan..Ok yea nak pantun kejap sebelum tulis resipi..

SULAMAN HALUS DI KAIN KASA,
BUKAN SEBARANG ORANG YANG PUNYA,
MASAKAN RINGKAS TAPI BERPERISA,
ITU LAH RAHSIA MASAKAN NYONYA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ikat pucuk paku perak (yang biasa dijual 1 ikat = RM 1)
20 ekor udang saiz bersar
2 keping tempe, didadu
300 ml pati santan
1000 ml santan cair
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung jenis hijau
2 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 camca teh ketumbar biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk paku disiang, cuci dan tos. Udang dibersihkan cuci dan tos. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus bersama santan cair, serai titik dan tempe, masak hingga mendidih dan tempe lembut.
  2. Tambah udang, asam geluogor dan masukkan pucuk paku tadi, gaul rata dan bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....
CATATAN MAT GEBU :- Cili padi tu boleh ganti dengan cili merah biasa, atau pun kurangkan kuantiti cili padi dalam resipi. Pucuk paku jangan masak lama sangat, cuma balik2kan saja, dan bila kelihatan sedikit layu, boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan goreng dan lauk2 kegemeran anda..

13 comments:

azhar said...

peh2 takleh tahan tgk....huhu

Norhafiza said...

besoooonye udang..klo No makan udang tu dlu hehehe....

aZLiNa aZiZ said...

ada tempe, tu yang tambah sedap lagi. Nak lagi2 sedap tak hengat, makan dengan sambal belacan. Ohhhh...dah lama tak makan pucuk paku ni.

zarifahmr said...

must toraaaaii nehh *gulp*

zacky ~786~ said...

hadoiii .. mantapp seyh..!!

husniah zaimah said...

encik mat gebu... boleh tolong ajar buat lasagna paling best x... :|

Ashizu said...

slurrrpppppp...........ni yg craving ni

kak Erna said...

salam en mat..semoga tabah..
sedapnya masak lomak pucuk paku dengan udang ni..kegemaran akak ni.

Mat Gebu said...

@ azhar - nanti boleh mak masak..tak pun is3..tak pun bakal is3..yea.

@ norhafiza - udang tu saiz sederhana je, tapi boleh lah buat2 penambah seri dalam masakan.

@ azlina - setuju sangat, tempe tu sebagai penyedap...sambal belacan sebagai "racun" dia, kasi mabuk..

@ zarif - yeap, wajib mencuba.

@ zacky - haha, kena try dulu bro, kalau nak tau mantap ke tak..

@ husniah - saya pernah buat sekali dulu --> http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/04/lasagna-or-lasagne-which-one-ekk.html

@ ashizu - alahh kesiannya, tunggu nanti saya poskan.. ;-)

@ kak erna - terima kasih kak, memang agak sukar, saya tulis n3 masakan pun mcm tak de "jiwa" just tulis saja..hmm, makan masa sikit lah benda2 mcm ni...

Ummi said...

Mat, caiyooookkk!

KETAWA BERSAMA TAK PERNAH JEMU
TIBA-TIBA MENANGIS DENGAN SENDU
USAH DITURUTKAN SANGAT KISAH DUKAMU
KENANGAN BERSAMANYA PENGUBAT RINDU...

Mat Gebu said...

@ kak ummi...hmmmmm

MAKAN NASI BERULAM LADA,
TAK LUPA JUGA ULAM MENTAH,
HATI KU PILU TAK REDA-REDA,
ENTAH LAH BILA AKAN BERNOKTAH.. huhu

Mama Zara said...

cik mat..sama plak menu kita hari ni..hihii..tapi mama buat lemak udang campur cendawan....mix n match je apa yg ada lam peti :)

Citarasa Rinduan said...

cik mat..

syukur cik mat dah start memasak (sebenarnya lebih elok ayu kata..kongsi resepi)


ayu kan, suka masak sayuran berdaun dengan tempe...tapi khas untuk masak lemak2 lah..

nanti nak try mcm resepi cik matlah..TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.