BEN ASHAARI

Thursday, December 23, 2010

KACANG PEAS GORENG PEDAS.

P1240647
Salam semua..jumpa lagi dengan lagi satu N3, amacam meriah tak blog DTS, tapi bukan lah resipi2 meletop, tapi yang penting mudah diikuti. Ok petang ni, erkk maghrib dahh, hehe, tak pe lah,mat share juga satu jenis sayur yang mat pasti anda kalau tengok, agak wa-was nak makan. Serius lah, mat pun sama macam tu, pendek kata dah banyak kali juga aku belek sayur ni kat Tesco dan pasar2 basah. Mulut aku pulak macam ada emas 916, berat noo nak menanya kat ah soo tu, apa kebendanya sayur ni. Sekali tu kan mat blogwalking ke blog masak2 "Kak Nannie", geng kolek antik. Ternampak dia masak sayur ni. Lepas tu dia kata sedap, anak2 pun suka. Mat pun mencuba lah, memang betul. sedap, lemak2 manis dan crunchy lagi. Tapi pasti kalau membeli, pilih yang lembut, jangan ambik yang keras. Nama sayur ni seperti tertulis, "kacang peas cameron higland"..hambik koo kan main panjang lagi....Ok mat tulis resipi dia, apa2 pun terima kasih pada Kak Nannie atas inisiatif memperkenalkan sayuran yang jarang orang2 kita makan....

Rupa kacang peas cemeron highland, pilih yang lembut dan perlu dibuang sedikit tepi2nya sebelum dihiris.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang peas cameron highland
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
1/2 camca besar sos tiram
1/4 camca teh minyak bijan
Sedikit air (guna air "lesung")
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi @ 1 biji cili merah
3/4 camca besar udang kering, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang peas dibuang sedikit tepi2nya, hiris serong. Buat hingga siap, cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan minyak bijan. Tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan sos tiram, kacau rata.
  2. Tuang sedikit air (guna air "lesung"), dan biar mendidih dan pekat. Masukkan sayur tadi dan kacau rata. Masak hingga sayur sedikit layu tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa, kacau dan matikan api. Hidangkan segera..
CATATAN MAT GEBU :- Air "lesung" tu bermaksud, lepas kita siap tumbuk semua bahan2 hingga hancur atau lumat, keluarkan, dan dalam lesung tadi tuang sedikit air, kacau2 dan ambik airnya sebagai penambah dalam masakan...hmm boleh faham tak?...ok kann..ayat mat gebu tu..hehe




9 comments:

velasrizal said...

peliknya rupa kacang tu

Password Paling Popular Di Dunia

izahdaut said...

cik mat... saya selalu pandang jeling2 je kacang pea ni kalau kat pasaraaya tu..tak de idea nak masak apa..mekasih cik mat kongsi resepi... iloikeeee...

Zullism said...

ouchh..pasti sedap...:)

Mimy said...

slm...
CMG nampak sedap dan menyelerakan.Kalau wat chap chai campur kcg ni pu sedap. Kacang ni mcm sama dgn ada 1 kacang orang india suka makan.. orang kite panggil "kacang keling" (maaf kepada sesiapa yang berkenaan ni org panggil sy ekut jer). Thanks the idea... SLM DTS...

akuanakpahang said...

Salam En. Mat, kita biasa campo dlm Tomyam aje kacang nei :) New Entry "Majalah akunakpahang kini di Pasaran, siapa nak free meh sini :)"

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaa...akak lak wat nasi goreng campur kacang peas n kailan tengahari td....Balik tengahari td sempat ko akak goreng nasi tuk diaorg...liciiiinn kooo...mmg sedap kacang nih! Favourite 1 rumah akak..hehe

giha lalala said...

salam cik mat.
maaf lambat sket nk reply cik mat.
heheh thnks link kan blog masak2 giha. sesekali sile la jenguk. :P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam CMG...kacang ni ada yg saiz besar ke...pernah LM jumpa mcm parang bentuk dia besar.

Nannie said...

Salam Mat Gebu ,
taste kita sama la mmg sedapkan kacang ni akak skrg ni tiap2 minggu beli kt pasar malam bila masak habis licin hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.