BEN ASHAARI

Saturday, December 4, 2010

INI YANG BUAT AKU KETAT NIHH!!!...HUH!

Salam..pagi2 dah buat mat gebu ketat, aku tau lah aku ni teruna, lom kawen, seal sirim masih belum terkopek. Tapi kes-kes yang macam ni lah buat kan mat gebu dan blogger masak2 lain bertambah2 ketat. Pada tuan punya blog "Yummy", sila ambil perhatian sikit, kenapa lah anda ni degil sangat2, blog masak2 tapi resipi dan gambar main kaut sehendak hati milik blogger lain, satu hal lagi, dah mat gebu tinggalkan pesanan kat ruangkan komen anda disini.., mengenai setiap resipi yang diambil tu, perlu diletak link ke tuan punya blog, mustahil anda tatau...

Mat turut bersimpati dengan blog masak2 yang lain, sebab hasil titik peluh kami diambil sewenang-wenangnya. Dulu majalah SAJI, tapi dah lepas dan berlalu, Kini timbul pulak blog yummy..susah lahh. Mat bukan lah kesah sangat, tapi gunalah saluran dan cara yang betul, hak orang kita ambik tanpa izin, berdosa, waima pun hanya gambar. Harap kalau puan tak nak timbulkan masalah, elok lah sekiranya puan simpan blog tu untuk diri sendiri. Jangan bukak untuk tatapan umun..

Gambar kat atas tu hanya 1 yang mat letak, ada lagi rasanya kat blog dia, termasuk lah resipi dan gambar masakan kak ummi kuantan, kak liza, kak nor secubit garam, hana jepun dan beberapa orang lagi..Arghh malas nak cakap dah, kali ni kalau tak perbetulkan, kami blogger2 masakan akan mengambil tidakan sewajarnya...harap puan maklum pekara ini..

26 comments:

Myra said...

omaigod! mat gebu bukak entry kebunyian seperti nakal2 gitu...ha ha ha!

cek chun said...

seal sirim tak tahan tuh.hahahahaha..

jom ganyang ramai2 mat. ehh..bukan ganyang mat la. ganyang blog ituw

Cikmin said...

ohhh tak menahan tang teruna dan seal sirim tu..syabas beta..:P

kalau report abuse ramai2 ok tak mat?hari tu kes blog cikyang..dia tak degil..dengar kata..lepas kena komen hot2..terus tutup blog.

iniialahaku said...

banyak sungguh yer gambar n resipi yg dcopy paste..dah 2 komen xpueh hati yg melambak..cam buat xtahu je tuan empunya blog 2

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

eh2..kejamnye org yg buat tu....

Yellow LEOpard said...

yup..tak patot buat mcm tuh..takkan die xreti nak link kat org yg sepatotnye..

~ Mamma Olyn ~ said...

lor..ada gak camtu di alam maya ni, kta ni org ada adat budi pekerti, minta izin la dulu, org xhalal pe kta wat, xke ssh di akhirat nanti..piki2 kan lah 'Yummy'..

Hayati said...

Assalamualaikum Cik Mat. sebenarnya kak yati pun tak tau macam mana caranya nak CNP gambar dan resepi dari blog orang ni. Adakah tulis kredit macam tu saja tak cukup? Mesti kena link ya?

mana tau ada juga yang selama ni kak yati CNP saja dari blog kawan-kawan maya ni. Blog kak yati bukan blog masak tapi kot-kot la sekali sekala termasuk ke? harap dapat penjelasan.

Hariz said...

Salam, Selamat pagi abang mat... Susahlah kalau orang jenis copy paste macam nie nohh.. Xpa2 mat sabaq jela yea... Setiap perbuatan akan ada balas

http://profhariz.com

umialya said...

Dah lawat blog tu, rumusannya pemunya blog tu kumpul resepi2 ntuk personal memandangkan beliau x g2 pandai bab masak memasak.

Mgkn dia x g2 pandai nak setting untuk tatapan dia sorang je, tu yg ter'publish' hg semua org leh lawat n dia boleh wat derk biarpn berpuluh komen negatif dilaman tersebut.

mgkn 1 lg, dia x reti nak buatkan link ke blog yg dicopy segala bagai nak rak memandangkan laman ini baru dicipta dlm bulan 10 g2...

pandangan akak je.. maaf mat

~Kak AZZ~ said...

At least dia tak crop dan buang url yg ada kat gambar tu.. Tu menandakan yg dia masih lagi menghormati tuanpunya gambar...

Lain la kalau dia crop gambar tu pastu dia letak url blog dia sndri kat atas gambar tu.. Tu baru betul pencuri tarbus...

Ummi said...

Nih yang nak ngadu kat YB Sedenak gak ni...amacam YB...leh kita bentang kat Parlimen x nanti isu nih...geram nih tau! Mat sabar eh..hehehe, akak jek ketat muka nih..

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

saya pun dh tgk blog tu.....

saya pun salu gak tiru resepi cik mat (kek & CC)....tapi saya ada bg link kan....kannnn?? Kut2 lupe letak..mati aku....hehehe...

Aqil said...

salam CMG,

xsuka..xsuka r org cmnih...xreleven sgt2 r alasan dia, xsesuai sgt2 r dia buat satu blog tuk rujukan dgn menciplak sebiji2 kt blog dia..xpatut2..byk cara bleh dia buat yg plg sng C&P kt word..tol x???

aidah said...

Salam CMG,
bukan setakat resepi ngan gambar je kena C&P, habis ayat2 karangan tu pun kena C & P. Kalau nak kata dia nak ambik resepi untuk rujukan peribadi takkan lah habis segala ayat2 pun kena ciplak jugak, tu yg akak musykil ni, apa masalah dia sebenarnya ni, hehehe

luna said...

Saya dah tengok blog yummy tu... Mmg dia cedok sebijik2 resepi n gambar dpd blogger2 masakan. Dia ada bgtau dia amik org punya resepi ---> Salam
This blog only for my recipe collection from another blogger that i've followed...bila nak tgok recipe, terpaksa bukak satu2 blog nie, tetiber dpt idea, so aku buat blog only for myself, aku tak pandai masak, jadik dgn collection ni senang le aku tgok n cuba....

Tapi dia tak mintak izin dpd pemiliknya. Tak baik lah buat mcm tu.. Boleh nak buat koleksi n letak kat blog, tp mintak ler izin dpd tuan tanah dulu kan.. kan.. kan..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Salam Cik Mat...

Apa kata Cik Mat cuba kaedah yang saya selalu lakukan ini..

http://sam-puansyurga.blogspot.com/2010/12/menangani-masalah-cik-mat-gebu-artikel.html

mie said...

kena buat hak milik cipta..
heheee

Ruziawati Bukhari said...

kasi saman sama dia bro!! heeh....

x leh lama2 dok merenung gmbr2 kat sini.. jiwa jadik kacau tgk makanan ni semua.. aduh!!

saya dh privatekan blog saya.. kalau boleh nak invite mat gebu baca blog saya tu..

emel saya, ruziawatibukhari@yahoo.com

terima kasih

bdaria said...

Salam CMG

Selagi ada manusia jenis nak senang, tak nak buat kerja selagi tulah ada ciplak menciplak nie. Macam2 alasan dia boleh bagi nak menghalalkan perbuatan tu. Klu untuk simpanan, copy resepi cukuplah nie siap satu entry. Nie bukan utk simpanan, nie nak mencuri kerja orang. Hope lepas dia tak buat lagi. klu dia tak insaf jugak, CMG dan blogger lain yg diciplak entry tu tolong 'tutupkan'.

Scarlett O'Hara said...

Ai!Majalah Saji pun tak reti buat 'sajian' sendiri/Tak patut betul !

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Salam
LM ingatkan blog biasa mcm kami je selalu jd mangsa perkara mcm ni..huhu , nak glamer dr hasil titik peluh orang lain ke?teruk la diorang ni.

~ Mamma Olyn ~ said...

Salam Mat,
Mamma olyn slalu amik resepi dr mat gebu juga, tp mamma penah minta izin & halalkan resepi tu.. setiap entry yg ada resepi mat gebu or bloggers len mesti mamma gtau cuma mamma xtau nak wat link, salah ke cam tu, maaf mamma masih baru dlm dunia blogger ni...

Ezrin Jamil said...

salam, boleh bagi link blog dia tak?
teringin gak nak tengok.

eynaARINA said...

salam mat gebu..nak tanya..nuffnagg tu kiter kn byr ape2 tak tiap2 bulan?

eynaARINA said...

salam mat gebu..nak tanya..nuffnagg tu kiter kn byr ape2 tak tiap2 bulan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.