BEN ASHAARI

Sunday, December 26, 2010

GULAI AYAM BEREMPAH......SANTAI BEN ASHAARI..APA TUU?

P1240708
Assalammualaikum semua, salam tengah hari, masa mat tulis ni, mat tengah menanti kehadiran tetamu, ishh mana lah tak sampai2 lagi ni, mat gebu dah siap masak segala. Alaa masak biasa saja, lauk2 orang kampung. Yang mat letak ni gulai ayam berempah, guna ayam kampung dan ianya ala2 masa lemak cili padi, tapi telah mat letak sedikit rempah ratus dalamnya, rasa sedap dan tidak muak langsuang, apa yang penting, kena sedikit masam tapi bukan lah masam terlampau. Gulai ni kalau nak letak rebung pun boleh, terpulang nak rebung segar atau rebung bacin yang berjeruk tu..tepuk dada tanya selera.. selain tu ada lah mat masak urap mentah kacang botol, sambal tumis udang dan telur dadar...tu saja tak masukkan dalam blog pun tak pe kan....

Ohh yea, sebelum mat terlupa, nak war-warkan seperti sebahagian tajuk di atas, Ben Ashaari baru saja melancarkan satu ruang "Santai Ben Ashaari" di FB, jadi boleh kita beramai2 join sama, sebagai tanda sokongan anda pada BA dan juga DTS...hahaha, pesal aku sibuk2?, sebab?. Sebab BA tu jiran sepagar memang kena macam tu. Klik pada gambar untuk ke Santai Ben Ashaari di FB atau anda boleh singgah di blog BA untuk lebih lanjut, di sini.... Ok jom semak resipi pulak...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
5 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1200 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan periuk, satukan ayam, serai, kentang dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak atas api hingga ayam kecut. Tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk.
  2. Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan bila mendidih, kecilkan api. Tuang pati santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkam bersama nasi hangat dan lauk2 sampingan..Selamat mencuba..

7 comments:

FasiHaH SupiaN said...

sedapnya.......selalu buat gulai ni bila raya...tapi guna ayam kampung ;)

Mat Gebu said...

@ fasihah - hmm, tu saya guna ayam kampung juga, pasal tu nampak kecik jee...tapi ayam dah byk usia, kena rebus pakai pressure cooker baru lembut...

kisahwanida said...

Sedapnyer CMG.... kena try ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

jeles ni..lama giler x mkn ayam kampung..huhu

Mimy said...

Slm... CMG sedapnya balik dr cuci kete rase lapola pulak... kalau taruk rebung buluh madu lagila sedap terliur rasenya sekarang ni... sampai nk meleleh... hahahaha.. tapi sesaat kemdn teringat kat ayam masak ungkep pedas2 sikit... Ya Allah perut dh bergendang lagu keroncong..
Thanks 4 the idea.. sok nk masak ungkep dagingla... bye..

Areef Ibn Naim said...

salam cmg,

nak resepi telur dadar tu, hehehe...

biasany, klu kg yg biasa2 tulah, yg buat makan bertambah... hehehe...

Mat Gebu said...

@ kisah wanida - harus dicoba..wahh ter keluar cakap Jakarta pulak..haha.

@ LM - hehe, saya pun stok ayam kampung hidup habis dah, yg ada ni tu hari punya dah sembelih dan bekukan.

@ mimy - tuu dia ungkep, eh saya pun nak lah try ungkep daging..wahh, kali tiru pulak aku ni..sabau je lah.

@ areef - hehe, alah telur dadar biasa je areef...tapi gebu macam mat gebu...boleh macam tu ;-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.