BEN ASHAARI

Tuesday, December 14, 2010

BENDI KONTOT GORENG BELACAN

P1240463
Salam petang semua, N3 ringkas kali ni hanya masakan biasa2. Mesti semua orang dah tau. Ada ke yang rasa macam mual2 tengok resipi cincai mat gebu?..Hmm tak kesah lah kan. Blog masak2 ni seperti pernah mat cerita dulu, kerja dia lebih, kalau blog penulisan walaupun nampak ringkas, tapi kalau idea menulis zero, hmm hampeh juga, walaupun koo update 12 kali sehari. Jadi terimalah ku seadanya. Mat tak kesah kalau ada yang tak sudi singgah, tak de paksaan, tapi mat rasakan, mereka2 yang datang bertandang ke DTS memang memberi sokongan pada mat. Terima kasih semua..i lep u all..muahhh!! (matilah skandal lepas ni..ada pulak laki/tunang orang marah kat aku....haha, lepas tu ada pulak kata aku minat kaum sejenis, dah lep2 u bagai...erkk..pengsannn abang!!!!)...Resipi mudah dibawah ni hanya pencetus idea, tak paksa suruh ikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 batang kacang bendi muda (yang kontot2)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 keping asam gelugor
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUk LUMAT :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
1/2 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi dicuci bersih dan toskan, potong sedikit bahagian tangkainya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan asam gelugor.
  2. Masuk bendi tadi dan kacau rata. Tutup kuali sekejap, kemudian kacau dan masukkan telur, biar sehingga telur sedikit mengeras, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

16 comments:

Mas said...

walaupun che mat kata masakan biasa2, tetap menjadi pembuka selera tau..makan ngan nasi panas dan ikan goreng jer dah boleh buat mas bertambah nasi tau..he..he..

Yatie said...

Salam Mat,
Akak dtng nak rasa ayam goreng berempah Mat, boleh sama lagi kan menu kita, bestlah mmng ada keserasian....bendi kontot(klakor bunyinya..)
mmng sedap bendi muda ni..masak simple,janji ada belacan..gerenti sedap punyer....DTS mmng tetap di hatiku...dulu,kini dan selamanya...

K.Nor said...

sedap wat ratah2 ni

Rozuan Ismail said...

wah,,goreng belacan..boleh tahan jugak ye.. selama ni ,bendi rebus cicah ngan budu je..tak pon paling grand pon goreng je..nk try la..time kasih atas resepi ni

mia.lia's profile said...

ermm,,bndi,,sdppp..hehe,,simple jea

Melor said...

salam ya. melor pun dok pikir nak masak apa bendi ni. aleh2 termasuk blog dts ni da pulak resipi masak bendi boleh la cuba. mesti sedap ni.

Norhafiza said...

Naaaah..klo yang ni No siap ratah2 lagi ni...No suka sayo ni abgMat...

WanYgBest said...

en mat, simple tu la bagus, mudah dan cepat....nak2 mcm saya budak baru belajar masak nih..plus, dgn jadual yg padat, x sempat nak masak lauk susah2 tuh...

terima kasih ye en mat...

azlina aziz said...

CMG, kontot pon kontot la janji sedap. Uh, suka sayur bendi ni :p Selalu masak goreng2 biasa je.

zawani said...

salam p'kenalan=)kontot bkn sebarang kontot..hihihi
semua yg cik mat buat,semuanye nmpk sedap!!!terliur ah saye ni..hihih

zawani said...
This comment has been removed by the author.
Citarasa Rinduan said...

cik mat..

orang kata...bendir nie penambah air mani tau..

saya tengah mencuba nie..hehhehe...thanks for resepi,,nak pelbagaikan

Ummi said...

Waaaaaaa...kontot2 pun xpa..asalkan bendi...bagus makan bendi nih...hehe..Mat, ni baka mana kontot2 nih...jual kat kedai ke, ko tanam x cukup baja..hehe

madam j said...

Slm. Br skrg dpat komen kt blog cmg...hehe. Nmpk sdp bendi tu...blh try nih. Tq.

Mat Gebu said...

@ mas - betul2, tak yah lauk lain, ada ni dgn sambal belacan dah ok.

@ yatie - hehe, kelako kan kak, nama bendi kontot..ayam tu dah selesai semalam, sebab masak byk, tak dann nak ambik gambar. Terima kasih sudi singgah DTS.

@ kak nor - betul tu, ratag2 pun sedap.

@ rozuan - ok sangat, nanti boleh cuba.

@ mia.lia - simple dan mudah, kalau jenis rumit sah orang tengok jee..

@ melor - terima kasih sudi singgah. Sebab saya pun kadang2 blurr nak masak apa, tu yg taram je ikut naluri.

@ norhafizah - setuju2..mmg ratah pun ok banget.

@ wan yg best - hmm, tak caya saya bila wan kata baru belajar masak. Mesti dah pro nihh...

@ azlina - hehe, bendi kontot, kira bendi baby mcm tu...

@ zawani - terima kasih sudi singgah dan salam kenal juga..Hmm masakan biasa2 je..

@ ayu - wahhh terima kasih untuk info kesihatan tu...baru dengar ni, selalu kalau utk yg sakit sendi pun elok kan makan bendi.

@ kak ummi - Saya mmg pilih yang kontot je kak, sebab kalau panjang takut tua..hehe.

@ madam J - wah madam, terharu mat gebu, terima kasihh atas komen anda.

Ana'AliilA said...

salam..CMG, nampak sedap & senang resepi tu..wlaupun biasa tapi tetap mengugat iman..minta izin kongsi resepi nih di blog ila..tima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.