BEN ASHAARI

Monday, November 1, 2010

SUP IKAN DENGAN JAGUNG MANIS

P1230438
Waaaaaa....hehehe, nampak tak apa dalam gambar tu?...Resipi olahan dan kederhakaan oleh mat gebu, sapa tak kenal mat gebu, kaki derhaka terlampau resipi2. Tapi kan itu salah satu kaedah untuk menjadi lebih kretif, cuma jangan "over", takut keberdosaan tadi menjadikan lauk atau masakan kita rasa tak sheedapp lahh..out of taste...tak mo itu macam okey. Sebenarnya mat guna 2 keping besar daging ikan merah yang berbaki, ikan segar ni isinya lembut dan manis, jagung pulak menambah kesedapan kuah nya. Teringat mat kalau di Indonesia mereka ada satu jenis masakan "Asem" yang dicampur keratan jagung. Selain tu mat ada juga letak sedikit sayur2 dalam dia..ok lah mat tulis resipi dia yeaa....kot2 boleh masak untuk makan malam nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping besar ikan merah, cuci bersih dan toskan
1 tongkol jagung manis, buang kulit dan kerat pada 5 bahagian
1/3 batang lobak merah, dipotong baji
1 biji kentang, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, dipotong sekuntum2
1 biji tomato, belah 4
1 pokok kecil daun ketumbar
1/2 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/3 inci kunyit hidup
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca kecil lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Masuk kentang dan lobak merah, gaul rata dan tuang air secukupnya, anggaran 1.5 liter. Biar mendidih.
  2. Masukkan bawng goreng dan daun ketumbar, kecil kan api dan masak hingga kentang 3/4 lembut. Masukkan bunga kobis dan jagung manis tadi. Tambah garam secukup rasa. Bila sayur sedikit lembut, masukkan ikan merah. Biar mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan segera bersama nasi hangat....

9 comments:

Sis-Lin said...

lain dr yg lain..ermmmm
rasa sup tu ada rasa jagung x mat? ermm pelik kan,tp kreatif ko..nk cuba gak nanti.. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Ala...mat Gebu ni..br semalam wat sup ikan merah,naper x post semalam resipe ni..klu x leh je tambah jagung dlm peti ais tu..next week cuba resipi ni lak ye?tq tau...

Mas said...

che mat, derhaka menyedappkan lagi masakan tak pe....wahh...teerliur tengok sup ikan tu, sedappnya...

Sharinginfoz said...

tak pernah pulak tahu ada sup ngan jagung, nampak sodapnya

mohammad said...

sedapnya..

aida cy said...

arghh!! seddaaapp!!

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaa.....igtkan rebit jek makan jagung....Mat Gebu pun suka...hahahahhaha...

Mat Gebu said...

salam linn...
Cuba lah sedap sehh,kuah dia manis2 ke jangung an..ahak. makan dengan roti no 3..hehe.

salam Lydia...
ye ke, hmm saya pun baru semalam masak..

salam mas...
Tu yg menjadi, kalau yang tak menjadi, adehh haru rasanya.

salam sharinginfo..
Boleh try nanti..

salam mohammad..
Yep, pada saya sedap, tapi orang lain tak pasti lah kan.

salam aida..
Yesss...cdap!.

salam kak ummi...
Heheh, sori ek, rebit nya stok jagung dah habis kan, jadi jgn jelesss dgn jagung tu..

luna said...

Salam cik mat.. Tringin nak try sup ikan ni.. Tp jintan kasar dgn jintan halus tu mana nak carik eh..? Kat kedai jumpa jintan manis dgn jintan putih je.. huhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.