BEN ASHAARI

Sunday, November 21, 2010

PUDING BUAH KIWI.....AKU DERHAKA LAGI.

P1240058
Memang dah terbukti mat gebu kaki derhaka resipi terulung di alam maya ini...kannnnn!!..haha, dari resipi asal, ku derhakakan menjadi yang ini...lepas tu jadi ni ini pulakk..eh tak puas lagi jadi pulak yang sekarang ni "Puding Buah Kiwi". Tapi tak salahkan, mat cuma memvariasikan resipi yang sedia ada menggunakan bahan apa yang ada dirumah. Memasak ni pun kena bijak dalam menyesuaikan bahan2. Ini cuma idea, tak paksa sesiapa ikut, kalau lah kebetulan anda ada buah kiwi atau seangkatan dengan nya yang hampir rosak, boleh juga dijadikan pudding macam mat buat ni.....

P1240061
Tadi mat singgah di blog Kak Nor Secubitgaram, tengok2 dia dah buat lahh puding buah kiwi ni..hehe, tapi kak nor nya gambar lawaa, siap ada perhias lagi, mat nya cuma ada puding togel siaaa..buah kiwi semau habis aku kisar sat tadi. Buat dia ni memang senang amat, anda boleh ubah ikut citarasa. Ok mat tulis resipi dia, walaupun sama tapi ada penambahan sikit bahan lain.

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
2 - 3 titik pewarna hijau epal
2 biji buah kiwi yang telah masak ranum*
125 ml air*(*dikisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
  2. Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah kiwi tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.

10 comments:

Rin said...

cantiknya puding tu... warna dia pun menarik... baru pagi tadi baca resepi ni kat blog kak nor

syira qahira said...

salam..

abg mat..cantek n nampak sedap puding itu..

abg mat tau tak wat air yogurt? dah search dalam tenet, ada, kebanyakkan siam mai...hehe.. beberapa kali cuba, tapi bila buat semua ketanah, bukan ke dalam mulut gadis ini :)

kalau ada tue,,sua-suakanlah...

Nia Dhani Nasir said...

mat,sdapnye puding tu. Msti puding tu rasa msam2 buah kiwi.sye tgk pun dah trliur. Ijaunye menarik.

LugieAmir said...

wah..menarik ni..mesti cuba gak ni..siang tadi baru buat fruit jelly orange .. http://lugieamir.blogspot.com/2010/11/fruit-jelly-orange.html

ileena said...

my first time here MG..salam!:)
i've tried one of your recipe and had them in my latest entry -http://ileenamuin.blogspot.com/2010/11/sweet-tooth.html.

Thank you for your awesome recipe...!and hope you don't mind me sharing your link in my blogspot.:)
-ileena-

Mat Gebu said...

salam rin...
Hahha, tu nak habiskan baki buah kiwi dalam peti sejuk.

salam syira...
Hmm air yogurt?..kejap2 rasa saya pun tak pernah try lagi..nanti saya tru usahakan ye.

salam Nia....
Betul, dia ada masam2 lemak manis...

saam lugie...
Waaaa, ada resipi eks, wokey saya merempit ke sana kejap lagi.

salam ileena...
Welcome and thank you for dropping by....

K.Nor said...

salam che mat.. hehe.. kiranya k.nor menang la yg part puding buah kiwi ya.. ermmm lepas ni versi apa lak? ptg ni k.nor dah ready dgn versi baru hihihi

fhana hunnae said...

wuaaaaaaaa cedapnyeww nakk!!!! hahaha

Jay said...

Salam CM. sy ni sebenarnya silent reader DTS dh lama. byk resepi yg sedap2 dh di try. Tqsm for sharing.. tp latest nyer recipe, puding mangga tu tak menjadi lh. dia tak nak beku. sy guna jeli cam CMG gak. Tlg bagi tips sket.. TQ..

Cheme said...

Salam Mat, takkan serbuk jelly tu hanya 5g saja. Rasanya Mat dah tersalah taip, mungkin 50g. 5g tu teramat sedikit.....

Mi Gebu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.