BEN ASHAARI

Thursday, November 18, 2010

NASI BERIANI MADU...

P1230958
Assalammualaikum, salam sejahtera semua, hari ni dah Khamis. Mat kan sebenarnya rasa macam kurang sihat lah, tapi malas nak fikir2 pasal tak sihat tu, nanti melarat. Amacam anda semua, dapat banyak ke daging korban?..Mat dapat juga, ada tu tersimpan dalam freezer. Kebetulan lauk semalam masih berbaki, jadi hari ni mat masak nasi beriani "Madu"..awww, menjeling achik tu bila sebut madu..hahaha, releks lah ni madu dalam botol. Lepas tu mat gandingkan dengan acar mentah atau kat Johor kami panggil "pencuk". Kalau makan apa2 nasi yang ada minyak sapi, pencuk amat perlu sebagai pengimbang rasa dan kira boleh mengurangkan rasa muak. Pada mat kan, nasi2 macam ni sedap dengan lauk2 kering, kalau berkuah..hmm lemass, macam nak penggsannn...hehehe...


Oh, yea, dalam resipi mat ada guna "koma-kom" atau "saffron", ianya rempah ratus paling mahal di dunia, 1 gram boleh menjangkau RM 10 - RM 12, bagi yang berkualiti tinggi. Saffron terhasil dari helaian halus stigma bunga crocus sativus, sebab penghasilannya agak rumit, maka ianya amat mahal, guna pun sedikit saja. Boleh beli di kedai2 menjual rempah ratus dan juga kedai arab. Ianya bertindak sebagai penyeri nasi beriani.. Ok mat share resipi dia yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan besar basmathi, rendam 1 jam dan tos
3 1/2 cawan stok rebusan ayam atau tulang lembu atau air biasa
2 camca besar minyak sapi
1 cawan susu sejat "IDEA"*
1 camca teh jus limau nipis*(*disatukan dan kacau rata)
1 pokok daun ketumbar, potong kasar
1 1/2 camca besar rempah beriani
Secubit koma2 atau saffron, rendam dalam 1 camca teh air panas
1 camca besar madu......((ehem..ehem))
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuh halus)
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Gajus, digoreng
Kismis
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan tumbuk dan juga rempah beriani, tuang sedikit air jika perlu. Tumis hingga harum. Masukkan beras tadi dan goreng selama 1 minit. Alih beras ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan air, susu sejat + jus limau nipis, madu dan garam secukup rasa. Tambah daun ketumbar, kacau rata dan tutup periuk. Masak seperti biasa hingga nasi tanak.
  3. Kemudian taburkan 1/2 bahagian gajus/kismis dan renjis2 kan koma2 tadike serata nasi. Biar nasi betul2 masak. Gemburkan perlahan menggunakan chopstick, tapi jangan gembur kan ganas2, nanti nasi patah2..tak lawa.
  4. Akhir sekali hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan baki gajus serta kismis tadi. Hidangkan bersama pencuk dan lauk2 kegemaran anda,,,

4 comments:

nursuraya said...

best nye.... Smlm su buat ns arab.. mmg nk safron.. tp tak tau cmne nk dpt ... yg su tau air safron jek.. kedai arab ke beli.. Su selalu try resepi CMG.. minta izin resepi ye ....

N try misti jadi n best-best belaka.... Thanks a lots... semoga sentiasa bjaya....

rapheydhillo said...

CMG,
kita masak nasi beriani jugak .. tp semalam le.. banyak pulak berlebih tu yg hari ni bawak kat opis lak. BTW, mana che mat dapat saffron tu ye? nak cari jugak ni..

Peri PiA said...

saffron berstatus VIP

baru tau koma2 tu saffron hehe

zouk saffron said...

Assalamualaikum,
untuk dapatkan saffron yang original ,boleh hubungi saya di 014-6245445 atau www.zouksafrron.lot.my atau email ke zouksaffron@gmail.com