MEE RACUN......TAPI TAK MEMBUNUH!.

P1240097
Salam semua, ok N3 terakhir malam ni sebelum mat masuk tidur. Sebenarnya ni resipi petang tadi, mat masak untuk bonda ku berbuka puasa, tapi dengan mat sekali ikut berbuka, kononnyaa.. Resipi dah salin lama dari blog Ika Bangkok, Mee Racun ni kalau tak silap mat lah, femes di Batu Pahat Johor, tatau lah macam mana kan dapat nama mee racun. Kalau di perhatikan ianya seakan2 mee bandung, cuma tak letak kacang tanah kisar saja. Rasanya pun seakan2 sama, cuma sedikit manis. Resipi asal guna air rebusan tulang lembu, tapi mat cuma ada tulang ayam, jadi guna jelah apa yang ada....dah kita yang buat dia, cuma kalau guna tulang lembu rasa nya mungkin lagi mengancamm....

P1240100
Kalau ikut resipi di blog Ika, menggunakan mee kuning kurang lebih 1 kati (600gram), memandangkan kami hanya 3 serangkai je di rumah buat masa sekarang ni, mat cuma buat sedikit saja. Tapi resipi dibawah ni untuk 600 gram nya mee kuning. Resipi asal tak letak taugeh, tapi mat gebu suka taugeh, jadi mat letak, Ika dia letak sawi, pun boleh. Pesan mat kan, jangan terikat sangat dengan resipi kalau jenis masakan seperti ini, kita boleh letak apa2 siaa yang dirasakan sesuai, nak tambah tauhu boleh, fisah ball atau daging ayam pun ok, tak de hal punya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
1/2 kg tulang lembu,
1 inci halia, ditumbuk halus
Udang, sotong dan daging (ikut suka, nak guna semua jenis pun ok)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
4 camca besar cili kisar (mat letak 2 saja)
5 camca besar soso tomato
4 camca besar sos cili (mat guna sos cili thai)
1 camca besar gula (tak letak, sebab sos dah manis)
1 kiub ayam
2 kelopak kobis (nak guna sawi pun ok), dipotong
1 biji tomato, belah 6
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus tulang lembu dengan halia tumbuk hingga mendapat stok yang diperlukan (nak cepat rebus dalam pressure cooker selama 25 minit). Kalau guna daging lembu bukan jenis batang pinang, boleh rebus sekali bersama tulang lembu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang air rebusan tulang. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam, udang dan daging (kalau guna tulang, masukkan sekali). Tambah garam secukup rasa dan juga lada sulah. Bila kuah pekat sedikit, masukkan sotong, tomato dan sayur kobis, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 hiasan dan hidangkan segera.

Post a Comment

16 Comments

  1. salam mat,
    bila terbaca tajuk mee racun saya teringat ada orang goreng mee terus jer dari plastik.. tak basuh pun dulu.. memang sakit hati mat sebab rasa pengawet dia memang memudaratkan..

    ReplyDelete
  2. sedapnye...tetiba terkenang mee bandung kat muar...

    ReplyDelete
  3. salam malam cik mat

    nampaknya kalau di citarasa rinduan ayu panggil mee sayur..beza sedikit dgn mee sop..

    mee sayur memang bubuh lada blander..tu yang nampak merah...tomato..dan banyakkan sayuran..telur pun main campak jer..

    ReplyDelete
  4. biar pun mee ni nama beracun..tpi sdp plak mata ni memandang..trasa mcm nk buat jgk la..udg pun ada 2 kg dlm pti tu..hehee..tpi kna gna spgti la..sni mee xde..

    ReplyDelete
  5. salam cikgu isza...
    Ha, betul2 tu pasal, lebih elok kita buat sendiri..depa tu nak cepa, kadang2 main belasah semakan siaaa..

    salam mush..
    Alalala lesiannyaa, tapi mee bandung memang sedapkan.

    salam ayu...
    Sama jee kan, mungkin nama je berbeza.

    salam kak maz...
    Boleh saja kak, guna spaghetti..terima kasih selama call saya dari Bahrain yeaa...

    ReplyDelete
  6. Salam

    Mee bandung ada mee racun lagi ada mee dadah takda ka? kasi gempak.

    ReplyDelete
  7. aduh..wa suka dtg blog mat gebu bila lapar..heheh

    ReplyDelete
  8. ehh.. mmg ada ye mee racun kat johor? ingatkan sesaja je letak nama gitu sebagai gurauan.. hehehe..
    p/s: puas akak cari chatbox tp tak nampak pulak di mata akak... mat dah buang ke?

    ReplyDelete
  9. salam mamawana...
    hahaha, yg tu bahaya, ada polis may rumah mat gebu, nanti..takmoo..

    salam malek ku...
    Jomm kita minum dulu....

    salam madiha...
    Yep, saya delete dah, bukan apa, untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang tak sedap di dengar...sebenarnyakan sepanjang 3 tahun saya berblog semalam lah saya terima soalan yang agak "membimbangkan" reputasi saya sebagai blogger masak2..yelah walaupun setakat blogger masak2 yang cikai sahaja....

    ReplyDelete
  10. mee ni ada dekat BP.. cuma aku tak pernah makan je.. takut mati...heheehe

    ReplyDelete
  11. tq2 CMG..lame da carik resipi ni...cedap3..;)

    ReplyDelete
  12. pon pon pon...saya dtg bw mangkuk tingkat ni....nakkkk ..nampak sedap laaaa

    ReplyDelete
  13. Cik Mat Gebu, kita ambil resepi lemak labu, sila lah halalkan ya! dah jadi pun labu tu! terima kasih... sila lah singgah untuk melihat hasilnya.. tq..tq.. tq..

    ReplyDelete
  14. oh. mee racun. rindunya. teringat masa belajar kt Batu Pahat 9 tahun lepas. Kalau tak silap, kt Batu Pahat ada air racun gak. (air untuk diminum ye). hehehe

    Terbaru >> 1) My Precious Gift From God 2) Bagaimana phreak-id.com boleh membantu meningkatkan traffic blog anda? 3) Follower ke 100

    ReplyDelete
  15. sabar ye mat... manusia ni rambut sama hitam.. tp hati lain2..
    yang penting Allah tau niat sebenar kita dalam setiap perkara yang kita buat itu tidak menyimpang spt apa yg dia fikirkan.. susah kalau ada org suka berfikir yg bukan2 ni...

    ReplyDelete
  16. hye...dah follow, follow back ok... nice blog.. =)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.