BEN ASHAARI

Saturday, November 20, 2010

LOVE EGG SANDWICH.

P1240029
Salam semua...hmmm bosan kan petang2 macam ni, mat gebu lagi lah boring, dengan keadaan yang baru nak ok, kepala pulak ala2 tak tune betul, siaran dok lari saja. Sebab dah bosan maka mat tadi cuba2 lah test gadget baru, lah benda2 biasa je. N3 petang ni bukan lah sesuatu yang hebat tapi sekali tengok memang nampak sungguh "sesuatu" kan. haha, alah ni cuma roti ala2 sandwich, cuma telur dia tu mat goreng dalam acuan bentuk chenta. Kiranya ala egg benjo macam tu. Mat letak ni saja lah bagi idea untuk kita jamu pada kanak2, depa kan suka makanan yang berhias lawa dan cantik.

P1240034
Buat dia termat senang sekali, ringkas, telur tu kalau tak de acuan, goreng mato kobau pun buleh yoo yang oii, tak do sapo yang nak marah. Tapi mat gebu biasalah kan suka nyusah2 kan diri, lepas tu kalau tak berapa nak jadi, mula lah muka ketat. Pstt..cun tak set pinggan mat gebu, hahaha, sahh ada yang nak muntah bila baca ni...tak kesah lahh, mat gebu pun bukan ada nyusahkan orang lain kan..ok lah...jumpa malam nanti dengan N3 lain yeaa...

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 biji telur
4 keping roti sandwich
2 keping chicken meatloaf jenama "Ayamas"
2 helai daun salad
8 keping hirisan tomato
8 keping hirisan timun
Sos pilihan (samada sos cili, tomato, thousand island atau mayonnaise)
Sedikit mentega jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau, kalau suka guna acuan bentul kegemaran, mat guna bentuk chenta (acuan ni boleh beli di kedai2 baking atau pasaraya2 besar). Masak dengan api perlahan. Jika guna acuan, sapu bahagian dalam acuan dengan minyak masak kemudian letak dalam non-stick pan dan panaskan perlahan. Pecahkan telur dalam acuan tadi dan masak perlahan2 hingga telur mengeras. Keluarkan berhati2 dan masak sekejap lagi, angkat dan ketepikan.
  2. Chicken meat loaf tadi sama ada di rebus atau disalai atas kuali yang disapu sedikit minyak, hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Ambil sekeping roti, sapu sedikit mentega jika suka, alas dengan daun salad, susun tomato, letak kan sekeping chicken meatloaf. Sususn pula timun dan letakkan telur, paipkan sos pilihan, dan letak sekeping lagi roti atasnya. Buat kaedah sama untuk yang satu lagi.
  4. Hidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba...

10 comments:

tiefazatie said...

wah!!sgt best bang!err..terliur...hihi

Sari Yusa Ibrahim said...

hahaha.. tau, sbnarnya Cik Mat nak tayang pinggan tu kan.,.. kan... hik3

ckLah@xiiinam said...

Macam corak bunga kangkung pinggan 'made in China'. Antik dan bernilai...

Chempaqa said...

salam CMG
nie kalau abg bidin tgk aku masak telur bentuk Chenta nieh..kompem penuh dgn bunga2 chentalah pagi tuh..hiiii...ehem ehem ehem..twin roses tuh..mmg mengetar kalbu kao...

azila said...

salam..lor, en.mat xsihat gak ker?samalah kt..2-3 hari ni tune lari..hehhehe...alahai, pinggan tu mmg lawalah..heheh

aishah said...

salam cik mat...

cantiknya telur...cik mat ni kreatif betul..bertambah cantik bla dihidangkan dengan pinggan tu..teruja saya

Cik Eka Katsumi said...

sedapnya..malam2 cmni lapo lah pulak..uhukkkkkkkkkkk

Mat Gebu said...

salam tie..
Hmm, biasa2 jee, cuma bentuk telur tu saja yang lain sikit. Terima kasih.

salam sari...
Hahaha, amboihhh...

salam cklah...
Bunga kangkung mudah nak dpt lagi, tapi yang ni agak payah, terutama teko alladin dia.

salam chemp...
Yeaaa betul, pstt koo buat kan utk abg bidin, of kos lepas ni nak apa je koo dpt..Tapi itu twin roses, sungguh meruntum jiwaa laa..

salam azila...
Tapi laa ni dah ok, dah makan ubat, cuma tune ada sikit lari. Erkk, lawa kan set antik tu, sweet.

salam aishah...
Setuju dgn pandangan anda..

salam cik eka...
Tak pe, tengok masa siang pulak yeaa...:-)

easy said...

salam cik mat. jgnkn budak2, y mak budak pun rasa teruja.:) cantik2 la set pinggan mangkuknya.bila lah nak dpt kumpul koleksi mcm tu..;)

Mat Gebu said...

@ easy - betul2, kalau tengah berchenta pun ok buat mcm tu..wahh, tiba2..pulak..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.