BEN ASHAARI

Wednesday, November 17, 2010

KARI AYAM KAMPUNG vs RENDANG PEDAS.

P1230934
Sebelum masuk tidur...hmm boring kan mat gebu, asyik ulang tayang lauk yang sama jee, yelah dah tu mat masak, nanti esok2 aku masukkan unta masak kicap, tak pun burung kasawari masak 3 rasa..amacam?..Kadang2, blog masak2 ni agak memeningkan juga, kalau tak de N3, nanti orang tertanya2, kalau N3 sama, kena gossip pulak..hmm, tapi sebab mat dah terbiasa, jadi tak de masalah. Kalau ada masa dan ada bahan2 mesti mat masukkan N3 tiga kali sehari, insya allah bergantung pada situasi dan keadaan. Kalau tak N3 masak2, mat selit kan lah N3 selingan seperti yang sudah2 tu..tiba2kan, jari mat sakit lahh..hmmm

P1230929
Macam resipi rendang ni pedas ni, rasa mat pun dah banyak kali letak. Cuma kan mat akan berubah2 citarasa dalam memasak walaupun masakan yang sama, bukan apa cuma nak explore benda baru, maksud nya dengan bahan2 baru, nanti boleh lah share dengan anda2 semua, tu pun kalau menjadi dengan sedap. Ini rendang daging panas (daging baru) dan mat gebu sendiri tak boleh melantak sakan benda2 macam ni, ngerisss, tapi tulah dalam ngeris2 tu aku rembat juga 1 - 2 keping....hmm sedap lah makan dengan ketupat....

KARI AYAM KAMPUNG...

BAHAN-BAHANNYA:-)
1 ekor ayam kampung, kalau dapat jenis jantan
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air secukupnya
3 camcca besar penuh rempah kari daging
2 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar
3/4 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaha
3 pelepah daun kari
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat ikut suka, cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan kisar halue bersama rempah kari, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah rempah kari + bahan kisar tadi dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayan kecut dan tuang santan cair. Masak hingga ayam empuk, jika kurang kuah, tambah air. Masukkan asam gelugor, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
  3. Masukkan pati santan, kacau dan masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala. Kemudian rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama apa yang anda rasa sesuai..

RENDANG PEDAS....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging lembu panas (daging segar)
1 liter santan
Air secukupnya
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar cili kisar
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, mayang halus
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 batang serai, hiris halus
2 ulas bawang putih
1/3 cawan cili padi
1/2 inci belacan
1/2 inci lengkuas
1 inci halia

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong kiub, cuci bersih dan toskan. Bancuh rempah kari bersama bahan kisar halus, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar + rempah kari tadi dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan daging dan gaul rata, masak hingga daging kecut. Masukkan daun limau purut dan santan, tuang sedikit lagi air dan masak hingga mendidih. Tambah garam secukup rasa dan perlahan kan api dan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan kerisik, adam gelugor dan gula melaka, terus mengacau hingga rendang kering. Akhir sekali masuk hirisan daun kunyit, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.

7 comments:

CikLiz said...

Lapo la tengah2 malam tengok kari ayam kampung tu.. bak mai seketui..

Mat Gebu said...

salam cik liz...
Boleh2...serunding, ketupat semua tak nak ke?

MiJa said...

cik mat,selamat hari raya aidiladha..

Sari Yusa Ibrahim said...

entrylah byk2 kali pon, sy tak boring punya... hehehe

Zanna Rohim said...

salam..
Saya selalu buka blog ni best ahhh bagi resepi saya minat memasak tapi itulah masa tak ada, rasa bangga tengok orang lain masak memang hebat

fara dean said...

Wahh kari ayam kampung!
mesti sedap time gigit..liat tapi sedap!

Yatie said...

Salam Mat,
Letak bnyk kali pun takpe..takde sape nak marah...kalau orng marah...tu hal merekalah....sedap lauk Mat...smlm akak masak rendang ayam gaharu resepi Mat...waallaaaahhhh enak bangattttt..mekaceh ye resepi yg best tu...