BEN ASHAARI

Saturday, November 13, 2010

JANTUNG PISANG vs AYAM DARA..

P1230841
Assalammualaikum..buat apa semua, mat macam biasalah, kerja2 harian, mana ada kesudahan, itu pun ada orang yang "macam" kurang menghargai kita, entah lah mungkin juga cuma perasaan mat saja kan..hmm, sabar jelah kan. Hari ni mat masak lauk biasa2 saja. Dah beberapa hari juga nak makan jantung pisang, sekali ada sebiji abah mat bawak balik dari kebun, jadi mat masak lah, cuma goreng pedas saja. Ini salah satu typical masakan kampung, pertama kali mat nampak mak usu mat masak style macam ni, ringkas dan mudah, cuma jantung pisang tu perlu dikerat sejurus hendak digunakan, kalau kerat awal nanti ia cepat bertukar warna jadi kehitaman....selain tu, mat ada jugaa..........

P1230834
Goreng ayam kampung "Dara", ayam muda pemberian kawan abang mat, sebab ini jenis ayam kampung berbela dalam reban dan masih muda, dagingnya mudah empuk dan sedap. Resipi amat ringkas cuma mat perap lama, kurang lebih 10 jam macam tu atau semalaman pun ok. Goreng dengan api kecil hingga ayam empuk kemudian besarkan sedikit api untuk menggaringkan permukaan luarnya...Ok lah mat share juga resipi dia yea..

JANTUNG PISANG GORENG PEDAS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah, kupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut, rendam
1 genggam ikan bilis, rendam 10 mnit, dan toskan dan bagi dua
1 biji bawang besar, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 cawan air
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 bahagian ikan bilis tadi*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua, belah lagi dan hiris sederhana halus. Masukkan dalam kuali. Kacau rata.
  2. Masukkan ikan baki ikan bilis, kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. Hidangkan segera.

AYAM DARA GORENG KUNYIT....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung "dara", dipotong 8 atau 10 bahagian
4 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
Secubit gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, tak payah buang kulit. Perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali, toskan dan cucuk ayam tadi dengam garfu. Ketepikan.
  2. Lumur ayam tadi dengan bahan tumbuk halus, perasakan dengan garam secukupnya dan tambah secubit gula halus, gaul rata dan perap semalaman atau sekurang2nya 10 jam dalam peti sejuk.
  3. Goreng dalam minyak panas menggunakan api sederhana hingga ayam empuk. Kemudian besarkan api sekejap untuk menggaringkan bahagian luar ayam. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Hidangkan panas..

8 comments:

anymz said...

waaah!cik mat.lauk2 ni sesuai lah dgn lauk siput sedut akak hari ni..lauk2 kampung gitu..perghh..sodap nih

Mat Gebu said...

salam kak anymz...
Waaa sama menu, xceli saya ada masak siput sedut gak, tapi malas nak masukkan sebab dah selalu sangat..hehe

NaniRostam said...

Salam Mat...sihat? Jantung pisang tu pengarang hati saya......memang jatuh cinta....sedap nyer...lama tak makan...kalau saya berjiran dengan mat dah lama saya mengendeng....

Mat Gebu said...

salam puan nani...
Sihat seadanya....hehe, boleh, tak de masalahh...

Masrini Karim said...

salam..wah cik mat..neh pebret saya neh..kalo x nak bg jantung tu itam...better rendam dalam air..nak masak br, toskan...heheh..
ape pun..mmg sedap lah cik mat..

Sueozana said...

Salam Mat..

Tq sudi berkongsi tips memotong jantung pisang tu.. baru k sue tau knapa warnanya sering jadi hitam...he3!

Mat Gebu said...

salam masrini...
Betul kan puan, memang kena rendam dulu...orang melayu kita ni pendek kata lah kalau makan senang, apa2 je sayur mayur boleh digunapakai.

salam suezana...
sama2..kalau sesiapa sekali pun ada tips dan petua boleh share sama kat sini..

momma said...

lamanya tak makan jantung pisang.biasa kita makan masak lemak / buat ulam sambal belacan. nak try le buat goreng pedas nimenambat hati.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.