BEN ASHAARI

Tuesday, November 16, 2010

BISKUT RAYA 2010, EDISI KE- 2...HEHEHE

Biksut Pistachio Lemak
~:BISKUT PISTASIO LEMAK:~

biskut suji strawberry
~:BISKUT SUJI STRAWBERRY:~

biskut nestum hazelnut 1
~: BISKUT NESTUM KACANG HAZEL:~

Cakkk!!..haha, salam teramat manis dari mat gebu, ok sebab ada masa sikit sementara menunggu serunding ku masak, nak selit lagi resipi biskut raya dari majalah Jelita Edisi Raya, pada September lepas. Kira ni last lahh yea..lepas ni N3 lain pulak. Biskut dari jelita tu kan mat tak buat untuk diri sendiri, jadi resipi hanya boleh diperolehi dari Jelita sahaja. Oleh itu untuk aidil adha ni, mat kongsi lah di DTS ni, Biskut2 ni semua insya allah sedap, sebab mat dah buat dan diuji oleh tekak2 profesional yang begitu asli tanpa ada belas kasihan punya, tak lain kanak2, mereka ni jenis berterus terang, kalau tak sedap depa kata tak, kalau sedap depa balun sakan, senyap jeee, tau2 licin koo...haha, betul tak?..Ok jom kita lihat resipi, sempat lagi ni kalau nak buat....jangan tanya mat gebu buat biskut ke tak yeaa...mat gebu macam doraemon dah ni, tak tentu arah, tapi masih sempat berblog...Pstt tapi kan, mana boleh lawan jiran sepagar DTS...dia tu bionic guy, tak caya teng0k N3 "BOM" tu, perghh...nangess woooo!!!......


BISKUT PISTASIO LEMAK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram mentega
30 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur
1 camca besar coffemate
30 gram cornflakes, kisar halus*
30 gram biskut tawar, kisar halus*
10 gram kacang pistasio, kisar halus*
110 gram tepung gandum*(*disatukan dan gaul rata)

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur
Kacang pistasio secukupnya, cincang kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega bersama gula aising, esen vanilla, kuning telur dan coffemate hingga sebati. Masukkan bahan yang digaul rata dan uli hingga menjadi doh yang lembut, rehatkan 15 minit.
  2. Canai doh tadi setebal 0.5 cm, terap ikut penerap kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur dan tabur sedikit cincangan kacang pistasio.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak, sejukkan biskut atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

BISKUT SUJI STRAWBERRY....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1oo gram mentega
25 gram minyak sapi
1/2 camca teh esen vanilla
30 gram gula aising
145 gram tepung gandum
2 camca besar tepung suji (semolina)
1/4 camca teh esen strawberry
20 gram halwa strawberry, cincang halus
Halwa strawberry secukupnya, untuk hiasan
Gula kastor, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega bersama minyak sapi, esen vanilla dan gula aising hingga sebati, masukkan tepung gandum dan tepung suji, gaul rata. Tambah esen strawberry bersama halwa strawberry yang dicincang tadi. Gaul rata. Rehat kan sekejap.
  2. Bulat2kan adunan sebesar duit 10 sen, susun dalam dulang pembakar dan tekan sikit. Buat hingga siap. Tabur gula kastor dan hias dengan halwa strawberry.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT NESTUM KACANG HAZEL....

BAHAN-BAHANNYA :-)
40 gram mentega
20 gram lemak sayur (shortening)
40 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
70 gram tepung gandum*
15 gram tepung jagung*
20 gram nestum, kisar halus*
15 gram kacang hazel, kisar halus*(*disatukan dan gaul rata)
Kuning telur, untuk disapu
Gula hiasan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega bersama lemak sayur dan gula aising hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan juga bahan2 yang disatukan tadi, gaul rata hingga menjadi doh. Rehatkan sebentar.
  2. Canai doh setebal 0.5 cm, terap menggunakan acuan kegemaran, alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur gula hiasan.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..





6 comments:

joegrimjow said...

kecur air liur

slamat hari raya

kak ina kl said...

salam dan selamat hari hari aidil adha yer mat.

betul kata mat tu..bila technician dtg check mereka kata kena tambah watt...kena lah laburkan duit sbb nak bisnes kukis tu..pengalaman tu mat.

cek chun said...

Wahh. Mat dah wat watermark kat tengah2. Pic dah lawa, letak p la w.mark tang mana pon, still tak nmpak cacat. Pasni sapa curi lgi, hg karate depa smpai pengsan mat.

Selamat aidil adha cik mat :)

hana said...

salam pakcik mat ketat.... kekekeke... slamat ari raya aidil adha wat ko skluarga... besok ko nk semelih apa mat? klu semelih rebit panggey aku skali... kikikiki

sonata anak kancil said...

salam...sedap2 belaka biskut ini...senang2 nak buat jugak lah...macam2 resepi sy dah C&P dr sini...sedap2 sungguh ! tk

Mat Gebu said...

salam joe..
Selamat hari raya juga..ehem ehem..

salam kak ina KL...
Hmm tak pe lah kak, mudah2an lepas ni business akak makin mantap yeaa..

salam cek chun...
Kalau ni curi juga dengan orang2 saya watermark kan..hehe

salam hana...
Keji koo, rebit tak de lah, dia cuti, jadi aku korban ayam je..

salam sonata...
CP jgn takkk...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.