BEN ASHAARI

Friday, October 22, 2010

TALAM @ BINGKA ROTI BERLAUK

talam roti berlauk
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia.. Sebelum tu nak minta maaf banyak pada kak liza, sebab mat gebu tersilap pi letak nama resipi ni talam roti berlauk, sekali pi check balik rupanya "bingka roti berlauk..erkk, maaf yea kak liza, mat gebu blurr sikit. Semalam mat buat ni, dan tiba2 sakit kepala pula masa tu. Kuih ni kan memang sedap, dan pada mat lah untuk bahan taburan atas dia tu, kalau sesiapa tak makan daging, boleh ganti dengan ikan tuna dalam tin. Tak pun daging ayam atau udang segar yang dipotong kecil2. Resipi kak liza ni akan menghasilkan saiz kuih yang agak besar berukuran 10 inci x 10 inci, sesuai untuk majlis keluarga dan mereka yang berpenduduk ramai...hehe.

talam roti berlauk
Talam @ bingka ni elok lembutnya, tapi tidak lembik dan terasa lemak...seram eks?.. Tapi syaratnya kena biar betul2 sejuk sebelum dipotong, lagi satu pesan mat, lepas potong, lap pisau sebelum melakukan pemotongan seterusnya untuk mendapat hasil yang lebih kemas. Untuk hiasan atas tu selain daging itu sendiri, anda juga boleh menabur hirisan daun sup/daun bawang, cili hirs dan bawang goreng. Kalau tak caya mat kata sedap, boleh merempit ke rumah kak ummi kuantan, dia pun ada buat sikit masa dahulu. Pada mat, kuih ni agak ringkas dan tidak banyak karenah. Apa2 pun resipi yang kita ingin cuba, harus pastikan barang2 cukup dan lengkap. Ok, mat tulis resipi dia dibawah ni, tapi yang telah di jadikan 1/2 dari resipi asal...Selamat mencuba dari DTS..

BAHAN KUIH TALAM@BINGKA :-)
6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)

BAHAN LAUK :-)
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
500 ml air
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci, alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tekan sedikit dengan sudu. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

8 comments:

Fazlinil Irma said...

salam cik mat..

org malaysia boleh dah kalau nak cuba buat masa sarapan. orang di london kena tido dulu. dah tengah malam duk baca entry ni. hehe.

Mat Gebu said...

salam Fazlinil...
Hahaha, betul..eh tapi kan buat malam ni dan makan esok...selamat malam yea org London...

hana said...

arghhhhhhhh nak buat! tension makcik taw..... matt..arini ari jumaat! esok ari sabtu! *erkk apa motif? hahaha

Watierman, rmanbkr said...

Salam CMG....apa saja paparan di sini pasti menarik....anugerah buat Mat...& terima kasih sudi berkongsi!

K.Nor said...

minggu lepas plan nak buat, roti tak ada.. smlm dah beli roti, dah keluarkan daging tup2 baru sedar tak ada santan pulak.. haishhhh.. pospon lg ler..

Yatie said...

Salam Mat,
Akak pun dah buat bingka roti berlauk ni...kecur sngt masa dtng rumah K.Ummi..tu yg terus buat..mmng sedapkan....tapi masih lagi kecur dngn bingka Mat ni...nak seketoi ya...hi3..

Ummi said...

Akak dah komen kat FB..ni nak tepek komen tu kat sini je laa..hahahaha x kuasa nak taip semula..

"Ummi Zaihadi:-
Waaaa..semua org masuk sini kena pantunsss2 eks...kita x reti pantunzzz...kita reti sibab kuih jek...Mat, rasa nak buat lg pulak tgk ko tayang nih...

Mat Gebu alergik bercampur geli
Masuk ke bilik air terus bersugi
Kuih talam ni ez dan best s...ekali
Kalau half adunan just celah gigi

Waaa..berpantun jugak akak akhirnya...hahaha..x keji kan Mat?"

ohoeya858.blogspot.com said...

Caya la C'Mat.. mmg 'da bomb' resepi ni.. bleh buat ker aku ni eik?!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.