BEN ASHAARI

Friday, October 15, 2010

SUP TULANG LEMBU

Sup Tulang Lembu
Yuu huu, hehehe, jumpa lagi bersama N3 mat gebu..Waaa, sejak dah ok ni kan, rasa semacam laa, haaa, tu mula lah ada buat spekulasi bukan2...hehe, tolong lah jangan gossip, mat gebu bukannya siapa2, cuma manusia biasa yang banyakkk kekurangannya..Setakat boleh memasak tu je, apa2 pun syukur alhamdulillah. Ok kali ni nak share sup tulang lembu..seramm kan, langsung tidak digalakkan pada mereka yang ada penyakit gaout, darah tinggi dan juga yang gebu macam mat gebu ni...Tapikan tadi sebab mat dah masak dan sebagai "syarat wajib" tukang masak, mat gebu menjamah lah juga 2 sudu besar sup dan 1 keping kecil daging lembu itu..aduhh sedap kooo, pakkal jee kenangan lemak dia yang begitu kaya raya...sabar2, Tak pe lah mat letak je kat blog bagi yang lain sama2 cuci mata, teringat kata sorang pengunjung blog mat gebu, dia tulis kat chat box, mat selalu letak resipi"berprofile tinggi"..perghh..ngeriss guaaa beb!!

Oh yea, sebelum terlupa, buat "Ninazsyafinaz", dia ada buat permintaan supaya mat letak macam manalah rupa puff pastry jenama "kawan" tu..Ok sini mat share rupa dia yeaa. Mat beli kat Tesco, rasanya kat Tesco murah dari kedai2 lain..tak sampai RM 4 satu pack dan ada 10 keping dalam nya...Harap dapat membantu Nina dan juga yang lain, jika anda pun kurang pasti juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg tulang lembu yang ada sisa daging
1 pokok daun ketumbar, potong kasar2
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci halia*
5 ulas bawangputih*
1 camca besar bawang goreng*
3/4 camca besar lada hitam*
1 camca besar penuh biji ketumbar*
3/4 camca teh jintn kasar*
3/4 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang lembu dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk, masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga bersama2 bahan kisar halus dan juga daun ketumbar. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renih hingga daging lembut dan mudah ditanggalkan dari tulang (mungkin 1 atau 2 jam). Jika air berkurangan, tambah dengan air panas.
  2. Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama mee hoon, mee kuning atau nasi impit...
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk sup dalam periuk tekanan, tuang air sehingga menutupi bahan2 tadi. Tambah garam sedikit, kacau dan masak. Bila periuk bunyi ber"desir", kecil kan api dan masak selama 25 minit. Padamkan api, angkat periuk dan letak dibawah air mengalir sehingga hilang bunyi desiran. Buka dan kalau perlu tambah air sebagai kuah dan juga garam secukup rasa. Hidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Perihal periuk tekanan tu, mungkin anda memiliki periuk tekanan atau pressure cooker yang berlainan teknik memasaknya, jadi gunakan buku panduan yang disediakan pada periuk tekanan masing2 untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini....

7 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

benda ni takde la kat Sabah, susah betol nak mkn puff..

syahir said...

alamak....masak sop tulang ler teman esok. huhuhuhu~~~

ohoeya858.blogspot.com said...

C'Mat.. 'sambal kicap'???!!! heheh.. jgn maraaaaaa aaaaaaaa.. sup tulang tuuuuu..

Kak Rose said...

langkawi pun x de puff pastry nih... tiap kali turun kl mesti bli 3ke 4 pack buat stock.

kd-gardens said...

Perrggghhh......sup tulangg!!!,terbaekkkk........hai,pagi bebenor nih cik mat, tapi akak dah teringin.........kena gi cari tulang nih,sib baek ari ni sabtu,pasar tani lerr pagi nih!!!...makaseh cmg!!!...kita nak panggil hb gi pasar tani.!

Murni Delights said...

sedapnyer..he..he.. ari nie saya pun akan msak sup tulang ikut resepi nie..

ejoeshukor said...

mmg mmbantu pastry instant tu..tq mat gebu..i like!