BEN ASHAARI

Monday, September 20, 2010

TUMIS AIR BOK CHOY & SOTONG

Tumis Air Bok Choy
Assalammualaikum, salam Isnin, apa khabar semua, uikk ada tu terlepek jee kat meja ofis, ngantuk ke?. Biasa lah lagi2 mana yang baru masuk kerja tu, saki baki cuti raya masih melekat dalam body, jadi ada sikit2 rasa 'lemau". Dan yang pasti undangan rumah terbuka mesti banyak. Secara jujur mat sendiri tak pernah seumur hidup buat open house kata omputih, sebab kat kampung cuma ada "rumah tertutup" sahaja, maksudnya bila orang tak dak kat rumah..hehehe. Ok ni hari nak kongsi lauk ringkas untuk mana2 yang kurang sihat atau yang macam nak pitam tengok lauk2 berempah...Jomm semak resipi senang nie..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sawi bok choy, cuci dan toskan
200 gram sotong
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 - 6 biji cili padi, diketuk (mat tak letak, abah tak bagi)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi disiang, asingkan daun dan tangkainya. Sotong dibersihkan, buang kulit luar, dan dakwatnya, hiris bulan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan air secukupnya, anggaran 600 ml. Biar mendidih.
  3. Masukkan tangkai sawi, cili (jika guna) dan sotong tadi, masak sekejap dan tambah daun sawi. Perisakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok). Masak sekejap, dan matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng....

2 comments:

Gayahspears said...

wah...cam sedap ja boleh cuba!!!

Siti Indrawati said...

Salam Windu Cik Mat...ops! rindu x hantar komen hehehe..sedapnya lauk ringkas ni..tp hari ni dr pagi sampai malam makan mee goreng mamak jelah..kepenatan melayan adik beradik dtg beraya ke Segamat dr hari Jumaat sampailah tghari td..apa pun rasa gembira..mehlah dtg Segamat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.