BEN ASHAARI

Sunday, September 26, 2010

SEXY STRAWBERRY MUFFIN

Sexy Strawberry Muffin
Assalammualaikum, wah wah wah wah...kalau ada perkataan "sexy" jee, ingat aweks lah kan, hahaha..alah ni resipi biasa2 jee, cuma nak bagi "vogue" kena lah bagi nama sensasi. Macam tajuk2 akhbar, berita dia ala2 jee, cuma tajuk dia amboihh kan main gempar habis. Lagi satu contoh tajuk yang gempar2...Blog Ben Ashaari tuu, perasan tak?...Apa? tak perasann..laa, tu tengok atas blog mat gebu ada feed url...tajuk kan main kan...cerita dia pulak..hmm, sendiri baca laah...mat gebu malass nak baca...hahaha...HEBAT LAHH!!.. Ok jom kita lihat resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram gula halus @ kastor
4 biji telur gred A
350 gram tepung gandum*
20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
1 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem strawberry tanpa gula jenama "SMUCKERS")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak watu antara satu biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 camca teh jem strawberry di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...

13 comments:

iznulmuazim said...

sedapnye saya tengok..nak cuba la!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

CIK MAT...

umai kan...makan strawberry jer, sabor jerlah anakku itu...

Ummi said...

Mat, thanks yea tapaukan akak stoberi ni...wat makan2 gak otw balik ke Kuantan mlm tu sementara stop makan kat kedai makan di Muadzam Shah..hehe

Siti Indrawati said...

Selamat malam Cik Mat..nmapknya operasi memuffin bermula selepas rehat bulan Ramadhan..memang seksilah muffin ni..hehehe..

BEN ASHAARI said...

gua .. haiyaa.. gua tak tau mau cakap apa loo... tapi mmg TERBAEKLAAHH.. sedap ar sambal telur tu.. takde resepi ke??? haha

Min Bakingproject said...

merah tu menggoda gak Mat.. sexy muffin :)

joegrimjow said...

sexyyy
auuuwwww

Mat Gebu said...

salam iznul...
Cuba jangan tak, budak2 suka..dan kalau nak letak blueberry pun ok.

salam ayu...
Hahaha, tak kesah lah asal dia nak..

salam kak ummi...
Uikk, alah hai kesiannya, lupa nak tapaw kan bekal berkelahh.

salam siti indrawati...
Wahh..nanti letak kat blog yeaa..

salam Ben...
Hahaha, weyy broo luu ni kan mcm pulang paku buah kerass jee..resipi sambal telur tu biasa2 je, waa dah kasi jampi tu hari..HEBAT KANN...

salam min...
selamat hari raya..hehe sexy kan muffin tu.

salam joe...
Hahahaha, sexy beb...

QasehAuleya said...

wow sedapnya....se sexy pic nyer...huhuhuhu
mesti cuba nie...TQ cik mat gebu

Mrs AliilA said...

wow..sexy u..pic ni memang mengancam..kena try la pas ni..kalau tak kempunan..

akuanakpahang said...

Sexy punya pasal tentu best punya !

Wahida Ibrahim (Galeri Wahida) said...

emm..kena cuba ni..

kimihamura said...

kalau guna butter anchor ok gak kan..then,ade beza tak kalau guna butter yang unsalted??

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.