BEN ASHAARI

Tuesday, September 21, 2010

SAMBAL DAGING BERSERAI

Sambal Daging Berserai
Salam semua, N3 terkahir malam ni sebelum mat gebu lena dibuai mimpi masak2..erkkk.., mat letak resipi "sambal daging serai"...Masaknya siang tadi, tapi letak malam, pada yang tak boleh makan tu mat minta maaf yea.. Abah mat sendiri tak boleh makan sebab ada gaout. Tu pasal mat gebu masak sikit saja. Ini baki daging hari raya lepas. Sebenarnyakan mat suka tau daging, tapi suka macam mana pun, kena lah berpada2, lagi kalau kita ni gebu, hmm, bahayaa!!. Mat rasa, kalau nak ganti dengan ayam pun sedap. Mat guna daging yang telah direbus lembut dan tambah dengan 1/2 cawan stok air rebusannya, nak letak santan pun ok, tapi mat tak letak sebab daging tu sendiri dan berlemak. Ok jom kita tengok resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging, hiris, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, dititik*(*direbus empuk)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ditoskan, asingkan 1/2 cawan stok air rebusan tadi. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan serai, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan cili sos, tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Tuang jus asam jawa dan air rebusan daging tadi. Tambah garam secukup rasa dan gula. Kacau dan biar mendidih hingga pekat dan sedikit kering. Masukkan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai.

8 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salm cik mat

klau sl da gouth...daging merah memang tak leh makan, mcm kmbing, lembu

tapikan...serius nak kata daging masak berserai nie buatkan ayu kelaparan...tapi, ayu tak boleh makan daging lembu...kepala haru biru..sakit ooo...semua tak leh dikerjakan..

sweetazezah said...

salam Cik Mat,sya azezah,mtk izin nk amek resepi kek lapis bluberi..makaseehhh...

MAK TEH said...

assalamualaykum cik mat,x terlambat kan utk mak teh mengucapkan selamat hari raya aidil fitri ya.

Editor Maria said...

salam pak tuo..kita dah cubo guna ayam..sodap juo..mekasih share resepi..

manik2beads said...

salam en. mat gebu..
tq 4 sharing resepi ni...
makan ngan ketupat sedap kan..?

Liyana Karmin said...

Salam mat..... success!!! Ni first time saya try masak sambal.. selalu bila masak ada aje yang tak kene. Tapi kali ni Alhamdulilah jadi.terima kasih kerana rajin kongsi ilmu masak u yng sedap sekali... terima kasih mat :)

Liyana Karmin said...

Salam mat..... success!!! Ni first time saya try masak sambal.. selalu bila masak ada aje yang tak kene. Tapi kali ni Alhamdulilah jadi.terima kasih kerana rajin kongsi ilmu masak u yng sedap sekali... terima kasih mat :)

Anna Ruslina said...

Alhamdulillah dengan izin Nya saya pun berjaya masak ikut resepi ni utk berbuka puasa. Daging liat sikit lepas ni kena rebus 2 jam kot sbb xda pressure cooker.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.