LEMAK CILI PADI AYAM & NENAS

Lemak Cili Padi Ayam & Nenas
Salam hujung minggu semua, wahh...gentel biskut raya nampak..Mat hari ni akan melaksanakan projek ke-2 melapis kek...Tu pun kalau tak pingsan laaa. Mungkin Isnin atau Selasa, last mat buat kek atau biskut. Masa untuk mengemas rumah pulak, kena lap cermin, cuci bilik air segala2nya laa...Cuma my garden jee adehhh teruk laa, tak terurus...tak pe, kita akan panggil "Mr Gardener" nanti...hehehe. Nak share lauk semalam, tah kenapa tiba2 nak makan masak lemak cili padi dengan nenas, tapi yang best bukan ayam tu, cuma nenas "madu" tuu, ya allahh sedap sangatt....menjeling akak tuu bila dengar "madu"..sabar jeee laahh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping besar ayam, potong 3 setiap kepingan
1 biji sederhana nenas "madu", buang kulit dan potong sederhana besar
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
35 biji cili padi*
1/2 inci belacan (optional)*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik, asam gelugor dan sedikit garam. Jerang hingga ayam kecut. Masukkan nenas, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak perlahan hingga ayam masak. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok). Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Post a Comment

5 Comments

  1. Cik mat,salam ziarah,
    Makcik amat teruja tengok masakan cik mat.Menyelerakan.
    Keep on your good work.Had noted a few recipes that I could use for raya.Thanks

    ReplyDelete
  2. salam CMG

    cik mat nie rajin sungguhlah..
    tak larat ayu nak buat sorang-sorang...nie pun dah 30 hari dok siapkan step by step....

    akhir sekali...dah pengsan tau....sakit kepala,,,,maybe kepenatan...

    ReplyDelete
  3. sedap ni mat .. apatah lagi tengari yg dingin di kulai ni...

    ReplyDelete
  4. salam mat..tgh buat kukis ker..tq bagi jawapan tu yer..insyallah kalau terajin akak buatlah nanti..

    sampai ke segamat ataupun ke muar ajerlah mat..nak gi ke batu pahat pun hb tak malas..sebab jalan sesaklah bila raya..

    inysallah jika ada umur kita akan bertentang mata..kalau kamu ke kuala lumpur bagitaulah yer.

    selamat hari raya dan maaf jika ada yang terkasar bahasa sepanjang perkenalan di alam cyber ni.

    ReplyDelete
  5. dua hari ni saya dok lepak kat blog cik mat.tak jemu nengok masakan cik mat,meriah gile, gitu...ari ni plan nak masak ayam masak lemak cili padi ngan kentang la,sebab xda nenas...hurmm pagi td bekfes wat kuih keria,ikut resepi cik mat menjadi la..trima kasih. sukeee blog neh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.