BEN ASHAARI

Wednesday, September 29, 2010

IKAN PARI SALAI MASAK LEMAK CEKUR.

ikan pari salai masak lemak cekur
Sebelum mat gebu masuk beradu, nak share lauk last yang mat masak siang tadi. Anda makan ikan pari?..Kalau tak makan, tak pe, boleh ganti dengan ikan lain, kalau guna ikan air tawar pun sedap, ikan keli atau ikan haruan, ikan tilapia pun sedappp. Bila kita berblog, dalam fikiran tu macam dah di set, ok, sekian masa apa2 hal pun mesti update at least 1 hari 1 N3, bagi blog masak2 laaa..blog jenis lain tu mat tak pasti. Tapi kalau jenis blogger aktif macam Ben Ashaari, anda sendiri pun tau kekerapan dia mengupdate blognya dengan N3-n3 baru. Jadi kalau sekali2 mat gebu selitkan dengan N3 lain harap anda semua faham lah yea, mat gebu pun ada kerja lain, bukan dok mengulit laptop dan masukkan N3 baru setiap masa, berblog masak2 ni kerja dia lebihhh woooo...seriuss!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*
1/2 camca teh minyak masak*
10 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
300 ml pati santan
500 ml santan cair
1 helai daun kunyit, dicarik
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/4 cawan cili padi kampung yang hijau
1/2 inci kunyit hidup tua
1 inci isi cekur
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat sederhana besar, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih, toskan dan lumur dengan bahan2 bertanda (*), kemudian panggang dalam oven selama 25 minit pada suhu 200C sehingga ikan kelihatan keperangan pada kedua2 bahagian. Belimbing bulu dicuci, belah dua setiap biji tapi jangan putus. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, serai titik dan juga santan cair, kacau rata dan didihkan. Masukkan ikan pari tadi bersama asam gelugor. Masak sekejap.
  3. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

7 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cik Mat..

Resepi ni kami panggil Pecel! My favourite!!!

working mom... said...

owh..our original resepi org jawa xbuh kunyit..so kaler dia putih jer...and xbuh belimbing buluh tu..so rasa dia sharp..pedas and cekur tuh jer... :)
saya ader tepek resepi ni kat blog saya...heheheh

p.s : salam kenal...

Salmia said...

meleleh air liur pagi2 ni.. hehehe

Cawan RM1

Mat Gebu said...

salam miss...
Kalau pecal tu kuah santan putih saja kan...

salam working mon...
Hahah, exclikan ini resipi yang telah di improvise dari resipi masak lemak cili padi.

salam salmia...
hehehe, terima kasih sudi singgah

Yatie said...

Salam Mat,
Akak mmng peminat setia ikan pari....kecurnya bila tngk lauk ni...kat petiais tu ada ikan pari dan ikan keli....nak masak yg mana satu agaknya niii....walllahhhhh kecurnya Mat...

Mat Gebu said...

salam kak yati..
Kak, must try this...serius..tapi tekak saya lah kata sedap..hehe

Ewan said...

Salam cik mat,

Saya salah sorang silent reader yang pemalu orangnya. Walaupun saya amat terliur tahap meleleh melihar masakan cik mat, saya tak pernah nak cakap hello ke apa. Sorry.
Tapi kali ni saya nak tanya apa ke bendanya ni dalam bahasa melayu dan mana boleh dapat? :

http://en.wikipedia.org/wiki/Boesenbergia_rotunda

Saya makan satu masakan bergoreng di Thailand, diorang masukkan benda ni dan juga buah lada hitam yang masih hijau. Best gilerr... Saya rasa macam nak try buat, tapi tak tahu kat mana buleh dapat barang tu. Terima kasih!

Ewan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.