BEN ASHAARI

Monday, September 6, 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI

Asam Pedas Ikan Pari
Salam pagi Isnin semua, buat apa tuuuu...Ni hari terakhir mat buat biskut atau kek, tapi tu cakap je, tengok lah macam mana, sebab, belum hari raya lagi, dah ada beberapa tetamu yang awal2 bagi tau depa akan singgah di hari raya ke-2 dan seterusnya, jadi kena lah siap apa yang patut. Tu tak termasuk tetamu yang datang secara mengejut...Biasalah nama pun hari raya. Secara ikhlas mat kata, jika tetamu dilayan dengan baik dan elok, kepuasan tu kita akan dapat rasai, betul takkk?... Kalau sempat kan, nanti mat share resipi "Biskut Suji Brunei", buat malam tadi. Insya allah nanti mat letak, tapi kali ni nak letak resipi yang dah beratus ribu kali ulang tayang...hahaha, jangan jemu yea, sebab kata orang, kalau asyik jemu jee, nanti pendek umur!!...choiiii!!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari kecil @ tuka
1 biji kecil nenas madu, kupas dam hiris sederhana tebal
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari disiang, belah 4 setiap 1 ekor, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 1o minit, cuci kembali dan toskan..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
  4. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak tambah bunga kantan ke, daun kesom ke, pun boleh, tak de masalah, nenas tu boleh ganti dengan apa2 sayur kegemaran, terung, bendi, tomato atau sawi jeruk...ikut selera memasing...

9 comments:

Kancilbiru said...

adeh pepagi dah buat lapar ni CMG...hehehe

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

CMG

ayu kan ari2 jual kat bazzar ikan pedas...sekali jual...peeh 60 ketul tak cukup...kena pelbagaikan jenis..

yang pasti rezeki ramadhan berbaloi-baloi

CMG, bab jemu kan...memang lah...org kata kalau jemu pendek umur...hahahha.....orang kata..aiman tak kesah pun...

NYKOLETT said...

salam mat..cilli pakai 1/2 aje ke???biar betul....

"MULAN" said...

adoi, tak tahan...

Ella said...

klu pki kunyit serbuk instead of kunyit hidup,rase die same ke?

aibaks said...

sedap asam pedas ni.. klu buh tenggiri batang pun best gak..

selamat hari raya kepada CMG

"MULAN" said...

SALAM AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN..

joegrimjow said...

malam ni org masakkan

makcikkantin said...

Cikmat,

makanan dalam blog mat nih selalu 'tersembol' keluar...buat orang terliur je...dahlah pandai masak, pandai pulak mekap & amik gambar....Selamat Hari Raya buat cikmat sekeluarga,