BEN ASHAARI

Thursday, August 12, 2010

UDANG PETAI CENCALOK

Udang Petai Cencalok
Salam sahur semua, waaa..sangap2 nampak..uikk ada tu tergolek kat meja makan...hahaha, ngantuk yeaa..eh tu bukan budak2 yang tergolek, tapi pak dia yang tidur..aduhh kes berat nih..takpe2 jom pekena udang petai cencalok, guaaa garenti mata luu orang jadi segar. Exceli ni masakkan untuk berbuka, tapi mat makan untuk sahur..aku malas koo nak masak, penat..periuk dengan kuali kat dapur tu kalau pandai cakap..mesti dia naik jemu tengok mat gebu hari2 kat dapur. Resipi ni menggunakan 1/4 cawan santan, kalau anda nak test guna susu sejat pun ok, tak de masalah. Cencalok pun perlu ditoskan untuk mengelakkan rasa masin terlampau..Ok dah ready, jom semak resipi, kot2 lah boleh buat masa berbuka nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang besar
1/4 cawan cencalok
1/4 cawan santan pekat (nak guna susu sejat pun ok)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 papan petai, ambik isinya
1 biji cili hijau, hiris
3 biji cili padi, hiris
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1 batang serai, dititik
Secubit gula
Garam jika perlu
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulit, tinggalkan ekornya, hiris belakang udang dan keluarkan uratnya. Cuci dan toskan. Cencalok ditoskan airnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan cencalok, kacau dan tuang santan, petai, air dan serai. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan udang, hirisan bawang besar, cili hijau dan cili padi, kacau dan biar mendidih sehingga petai lembut dan udang masak. Tambah sedikit gula, jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan...

8 comments:

Sueozana said...

Salam n selamat bersahur Mat..
Spt yg dijanji, kak sue dtg skodeng dapur mat lagi... pepagi hari selongkar dapur u, mat, hehe..

Erm sedap2 mat, kecur air liur menengok juadah udang petai cencalok ni.. tk care.

aile77 said...

Salam kenal CMG... Emi ni baru jer menjebakkan diri kt blogger... saje cari nahas... macam la keje sedia ada tak cukup banyak... huhuhu... jemput singgah kat blog emi ye cik Mat....
neway, macam best je kan dpt mkn cencaluk... siap ngan petai lagi tu... tp mana nak cari cencaluk ngan petai kat nihon ni... udah la semlm si Hana masak tempokyak... bertandang kat dapur cik Mat, nampak cencaluk pulak... adoyaiii... menduga kesabaran betul laaa....

inaku79 said...

salam cik mat, cam pakat2 plak msk petai2 nih...hehehe.. tp kita buat sambal tumis jer. gambar udang petai cencalok cik mat ni nmpk btl2 menyelerakan. kena plak dgn mangkuk tu. tiba2 terbayang mkn mskn kg sambil ditiup angin sepoi2 bahasa dr pokok2 yg menghijau di kg.. ahaks! berangan plak...hahahaha

hana said...

salam mat... apa itu petai?? apa itu cencaluk??! huh! wat aku terasa nak terjun kusi!

Janna Rusly said...

Salam En Mat Gebu yg Gebusss.. u ni jahatttttttt la.. buat kami kecoq air lioq bila melihat gambar masakan u... adoiiiiiiiiii...

apa pun...semalam i dah masak tauhu taugeh kicap tu.. wahhhh... sedapppppppp u. i buat sebagai Pembuka Selera waktu berbuka puasa semalam.. nyumnyyyy.. TQ En Mat Gebu yang gebusssss.

Tak payah pening2 kepala memikirkan 'apa nak dimasak ptg ni', just tgk jer web sites En Mat Gebu yg gebussss ni.. balik ni nak masak udang laks.. huhuhuhu..

muah..muah..muah...

Kak Jie Jie said...

salam. Terliur habis tengok sambal petai tu......

ain (sweet thots) said...

cik mat, best lah nampak lauk ni. kita copy tau, nnt nk cuba. gerenti terbuka selera nih!

Kerull @ Kay Enn said...

Salam CMG..teringat daku kg halaman bila tgk cencalok ni..hu hu..pembuka selera sungguh kalau time2 sahur ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.