PANDAN EGG TART

Pandan Egg Tart
Salam sejahtera untuk semua... Sebelum mat mulakan N3 terakhir malam ni, nak ucapkan selamat berangkat pada "Ben Ashaari" dan isteri "Puan Azila".....Eh bukan depa nak pi Umrah laaa, tapi pi bercuti ke Pulau Tioman....hahahaha, bunyi ucapan tu bukan main kannn..Biasa lah mat gebu memang macam tu, benda biasa tapi suka buat ala2 "Grand" gitu. Moga selamat pergi dan kembali, berhati2 di jalan raya, jangan lupa guna dslr, tapi awas no pic of "dugong" ok, i sensetif.....ahaks. Ok, hari ni mat demi nak menghabiskan baki pastry buat quiche hari tu, saya lah buat tat telur, cuma kali ni letak pandan paste. Kalau ikutkan pastry ni tak sesuai leer untuk tat telur, tapi ok lah, masih sedap dan mengiurkan..

Pandan Egg Tart
Tak caya mat kata sedap...Cuba perhati kan belahan pandan egg tart tu, seksi kan dengan isiannya yang halus, kulit yang rapuh2 rangup, tak lupa jari yang gebu montok lagi montel
..hahaha, waaaa ada yang loya nampak, buat muka tak siap pun ada juga, nyampah ek?. Baki pastry hari tu mat dpt lebih kurang 10 ketui je tart, tapi kan kena berhati lah masa tuang isian dia, perasan tak tu yang interprem dengan acuan2 dia tu...Ha tu kes melekat lahh..adehh kesilapan teknikal koo, dalam 10 tu cuma 4 kot yang boleh tanggal....Erkkk, kenapa lah mat gebu jadi bingai sungguh hari ni...ada kah itu menanda kan peningkatan usia ke arah penuan?. Syukur alhamdulillah...masih boleh bernafas. Ok yang ni mat sertakan resipi pastry asal untuk tart telur tu yeaa...

BAHAN - BAHANNYA :-)
100 g mentega
210 g tepung gandum
50 g gula aising
1/2 camca besar susu tepung
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)

BAHAN ISIAN :-)
1 kuning telur + baki telur yang 30 g tadi
60 g susu sejat "IDEAL"
30 g air
25 g gula halus
3/4 camca teh pandan paste
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga sebati. Masukkan susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan doh 20 minit. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.
  2. UNTUK ISIAN :- Satukan semua bahan isian tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung.
  3. UNTUK PANDAN EGG TART :- Panaskan balik oven pada suhu 190C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat dan tat tak boleh ditanggalkan. Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Post a Comment

13 Comments

  1. Salam, egg tart my favourite :) ok , dear am going to make the quiche pastry tonight :)
    love those china as always. Have a great evening

    ReplyDelete
  2. Salam Mat.... cuma nak kasi tips, jika tak mahu air bubbles kat fillings tu dan custartnya rata, masak dulu air gula bila sejuk simpan di peti semalaman, insyallah custardnya rata bila di bakar. cubalah....

    ReplyDelete
  3. salam redha...
    Wish u all the best...moga berjaya yeaa puan..

    salam izah...
    Terima kasih yeaa...tulah yg ni buat petang tadi, ala2 tangkap muat jee...Ok, nanti saya akan cuba petua puan ni....

    ReplyDelete
  4. lapor la memlm ni tgk tart tu cik mat..wpun xsesuai..tpi bila dah mskkk...seswai sngat la cik mat utk msuk molot tu..heheh..

    ReplyDelete
  5. salam kak maz...
    Hahaha, sesuai lah juga..ada lagi tu kat dapur...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. SALAM Mat,

    menarik tat pandan ni tapi set kat belakang lagi menarikkkkkk..
    nak tanya , shell tat ni kalau dah bubuh isinya tu camne nak bagi terus2an ranguppp..x lemau lembut
    jari mat ke tuu..muda lagi mat ni kalau tengok jari gebuss tu...

    ReplyDelete
  8. Salam Mat,
    Alahai, akak kalau apa2 yg berkaitan perisa pandan cukup suka sangat....mmng buat akak terliur betullah...

    ReplyDelete
  9. Salam En Mat Gebu... mak ai...mengiurkan laa tart tu..aduhai... jelas kelihatan kerapuhannya.. kecor ayor lior makcik nih... isk...

    ReplyDelete
  10. Mat...ni memang kesukaan k.ct ngan CM ni. meh ler anto kat umah sikit mat. k.ct nak buat mood rajin x dtg lagi ni... hehehehe

    ReplyDelete
  11. salam mat,
    macamanalah boleh salah taip komen.. huhuhu..
    saya nak tat tu..
    pos 10 biji kat ipoh tau..

    ReplyDelete
  12. eka baru siap buat tart nihh
    1st time buat terus jadik
    heee :D
    tengss 4 this recipe ^_^

    ReplyDelete
  13. saya dah buat dah tart telur.
    tapi saya letak jem strawberi sikit kat tengah-tengah.
    hihihi.
    resepi tak ikut bulat-bulat macam mat gebu.
    :p

    http://drunbella.blogspot.com/2010/11/tart-telur-dk-with-love.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.