BUBUR NASI TOM YAM

Bubur Nasi Tom Yam
Salam Ahad semua, dah sarapan ke u all. Hari ni kan jam 4 pagi pak tua dah bangun, tidur pulak jam 2 pagi, bukan apa, semalam kan berkemas2 lah sikit, biasalah dah tinggal seko2 kat rumah kan. Sakit mulut dah ok dah, tinggal sikit2 je lagi. Oleh kerana hari ni mat sorang lagi kat rumah, jadi tak payah lah masak sangat, jadi pagi tadi jerang lah bubur nasi dan makan dengan tom yam, bukan apa hari tu kat FB, nampak kak liza buat bubur nasi tomyam, erkk terasa2 dah kat tekak, hmm tak bley jadi ni, tu yang mat buat hari ni, tapi biasalah guna paste sedia ada. Lagi pun masa tak berapa nak sihat ni kan, makan yang masam2 sedappnyaaaa.....Weyyy awasnya bukan aku ngandung!!...pleaseeeee!!!..

Bubur Nasi Tom Yam
Eh, nampak bubur dia tenggelam dek pelakon2 tambahan kan.. Isi dia tu ikut suka hati, nak letak udang ke, ayam ke (mat guna ayam) atau boleh campur udang, sotong dan ayam. Sayur pun sama juga. Yang nampak hitam2 tu bukan asam gelgugor tau tapi cedawan telinga kera atau orang putih panggil "Black Fungus". Kalau nak letak cendawam tiram atau cendawan butang pun sedap...Resipi mat agak2 jee yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras*
6 cawan air*
1 batang serai, dititik*
1 helai daun pandan, disimpul*
Secubit garam*(*direbus bersama beras hingga menjadi bubur)
1/4 bahagian ayam, potong kecil, cuci dan toskan
2 camca besar pes tomyam "LIFE"
1 batang serai
3 helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, diketuk
1 inci lengkuas, dititik
6 biji cili padi, dititik
2 liter air
1 biji tomato, belah 8
1/2 biji red capsicum, hiris kasar
8 keping cendawan "black fungus" hiris
2 cawan potongan bunga kobis
2 biji limau nipis, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang air dalam periuk, masukkan pas tomyam, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih. Masukkan ayam, daun limau purut dan cili padi, kacau dan masak hingga ayam empuk.
  2. Masukkan cendawan, bunga kobis, red capsicum dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Masukkan tomato dan jus limau nipis, kacau dan rasa jika kurang masin, tambah garam secukupnya. Biar mendidih sekejap dan matikan api
  3. Ceduk bubur nasi tadi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah tomyam bersama isi2 nya sekali. Tabur hirisan daun ketumbar dan juga bawang goreng sebelum dihidangkan....Hmmm, sedappp...i likeee...

Post a Comment

9 Comments

  1. ha ah..la cikmat..bila nampak bubur tomyam ni, terasa2 tomyam dan aroma nya kat tekak nih..haiisshh.sodapnya..

    ReplyDelete
  2. salam izah...
    Hmm sesuai untuk yg tak sedap tekak..saya perah jus limau nipis bagi masamm..hmmmm

    ReplyDelete
  3. Adehhhh
    meluatnya ceq tgk :(

    terasa laparrrrrrrrr

    New Entry Prof-Hariz
    Gangguan Seksual Lelaki

    ReplyDelete
  4. nampak je dah menyelerakan belum cuba lagi..
    bagus untuk yg kurang selera dan mengidam2 gitu..sbb ada masam2 serta bubur nasinya..

    ReplyDelete
  5. huhu cik mat.. ari ni saya buat bubur juga.. bubur nasik ngan sambal bilis :P
    tak dpt lawan la bubur tom yam cik mat yg malatopz inih.. huhu

    ReplyDelete
  6. Sumpah tak penah makan ni tapi tengok2 je dah terliur ni. Terbayang2 rasa masam2 tomyam...ohhhh...

    ReplyDelete
  7. Bubur nasi tomyam ni sedap makan waktu demam ni...pedas dan masam..mmm..dah terasa kat tekak ni...

    ReplyDelete
  8. Tom yam campur dah ade. Tinggal bubur nasi je. Hmm... Boleh buat untuk dinner nih! :D

    ReplyDelete
  9. kelakau la cmg ni..ada ke peknen hehe..ada geng nie akak pong sakit tekat dan ulser..musim di KL ni kejap ujan kejap panas..ribut...time ni malas betoi nak masuk dapo kerah puteri2 jer masak..esok dh mula kuliah mama la masak sorg2..huahua..minta semangkuk bubuq kihkih...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.