BEN ASHAARI

Thursday, July 29, 2010

BEBOLA TAUHU AYAM

Bebola Tauhu Ayam
Salam semua, sebelum mat masuk beradu lena dibuai mimpi2 indah, mimpi soping teko, pinggan mangkuk antik segala, nak juga lah share satu resipi mudah, ni budak2 suka, orang tua suka dan orang tak berapa nak tua pun suka juga kooo...contohnya macam mat gebu lah..laa tak kenal ke, dia ni tak tua dan tak muda, kira tengah2 leer gamaknya. Sebenarnya mat saja lah masa kemas2 peti ais, ada baki daging ayam kisar dalam 1 cawan macam tu, puas dah aku belek2, dan akhirkan try buat resipi yang ni...waaaa boleh tahan leer, ada rasa ala2 nugget, cekodok dan otak2..hahaha, kan main kalau nak kempen, segala macam semua keluar...

Bebola Tauhu Ayam
Sedap dimakan bersama sos cili, kalau budak2 tu bagi cicah dengan sos tomato atau pun campur kan sos cili sikit + sos tomato + Mayonnaise = kacau rata, boleh cicah. Banyak mana dapat tu bergantung pada saiz anda membentukkan ianya menjadi bebola. Masa goreng tu jangan guna minyak terlalu panas, nanti hangus. Biar minyak sederhana dengan api kecil, bila nampak kekuningan, besar kan api sikit dan biar bahagian luarnya rangup. Lagi satu jangan goreng banyak2 dalam satu2 masa, cukup sekadar 8 - 10 biji bebola saja... ok jom semak resipi mudah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

10 comments:

My Life My Journey.. said...

Salam Matt,
Tahniah Matt & Tiffinbiru yg berusia 3 tahun tu.. Sepanjang menjadi perantau ni, blog Matt byk memberi manfaat kepada saya dan keluarga (yg tak reti2 masak ni..!). Terima kasih byk2 Matt.. Moga Allah mengganjarkan yg sewajarnya atas usaha murni Matt ni..:) - Fa

Mat Gebu said...

salam MFMJ...
Terima kasih juga pada puan yang sudi berkunjung ke blog saya. Mudah2an kita sama2 mendapat manfaat..insya allah..

Mamamya said...

selamat pg cikmat...

lia copy resepi nie....mcm sedap jer utk buat menu minum ptg....tq yer.

Ciao Annin-sama said...

Che Mat, x pakai tepung langsung ye? Chantek je dia jadi bulat. Kemas!

Nak cuba buat weekend nih! :D

ecah said...

wahh..sedapnyer..

Mat Gebu said...

salam mamamya...
Ok, silakan..senang je buat ni, kalau ada food processor lagi senang, lebur semua dalam tu.

salam ciao...
Tak guna tepung gandum sebab dah ada serbuk roti, serbuk roti tu boleh guna roti putih biasa, kisar sampai halus..

salam ecah...
Hmm, kena try dulu nak tau sedap ke tak..

cikgu ita said...

salam che mat..
kalau guna roti puti biasa tu ,berapa keping ye? kalauletak tepung gandum/jagung boleh tak?

chekgu Moe said...

salam che mat.

kite pon nak try resepi ni eh. thanks che mat

1st time dtg blog che mat. kecur air liur ku~~

Mat Gebu said...

salam cikgu ita...
Lebih baik guna serbuk roti, rasa saya dalam 2 keping roti dan ok, cikgu, blend kasi halus lepas tu campur dalam adunan.

salam chegu Moe...
Sama2, jgn cuba try senang dan sedap nihh...

NurAzizah3 said...

salam :)
ade x resipi bergedil :D