DRAGONFRUIT CHIFFON CAKE.

Dragonfruit Chiffon Cake
Assalammualaikum, salam Rabu. Semalam mat tak masukkan apa2 N3, sebab malas nak masak, mood down dan langsung rasa menyampah..bukan tu saja, nak tengok blog pun meluat..tatau apesal..kalau lah blog ni baru 2-3 bulan, dah semestinya mat tutup je..tapi ni dah hampir 3 tahun.. sayang pulak. Tujuan asal mat bukak blog bukan nak cari keuntungan, skandal atau riak, jauh sekali membangga diri. Pada mat lah, kalau apa2 tulisan mat yang agak kasar, kemudian ditegur oleh orang "bijak pandai", mat tak de pun nak balas balik atau berlagak macam pandai, mat dengan rela hati edit balik, yelah buat apa kita nak ego, kalau dah salah perbetulkan saja, habis cerita..Lagi satu, kalau ada lah komen yang agak mengujakan, melongkang, selalunya mat delete je, tak mo jawab, bukan apa, malas nak berpanjang-panjangan..tak bess..kita ni berblog untuk tukar2 idea dan bersantai, bukan nak tunjuk pandai dah terror...tak pelah kita sabar jeee..

Dragonfruit Chiffon Cake
Hari ni mat try satu resipi dari salah sorang tukang masak yang mat suka, dah semestinya "Amy Beh". exceli resipi kek chiffon buah naga ni dah lama mat salin, tapi tu lah, sepatutnya mat letak sikit pewarna pepel, baru nampak macam kaler buah naga, ni tadi tak teringat langsung,,hmm dah jadi macam kek chiffon biasa jee..cuma nampak biji2 halus dia je..Rasa pun pada mat macam kek chiffon vanilla, yelah buah naga ni dia tasteless, tak de rasa. Lagi satu, sepatutnnya resipi ni buat dalam acuan chiffon 20 cm, tapi ni mat guna saiz 23, tu pasal nampak rendah...tak kesah lah, janji jadi dan sedap dimakan...resipi seperti berikut.

BAHAN "A":-
3 kuning telur gred "A"
25 g gula halus
50 g buah naga@dragon fruit@pittaya, dilecek hancur
40 g minyak jagung
1/4 camca teh esen vanilla
55 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 1/2 camca besar tepung jagung
Secubit garam

BAHAN "B":-)
3 putih telur gred "A"
1/8 camca teh cream of tartar
60 g gula halus


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siap kan tin kek chiffon, jangan sapu dengan apa mentega atau marjerin. Dalam satu bekas, pukul rata semua bahan2 "A" dengan whisk hingga gula hancur dan semuanya sebati. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula. Terus memutar hingga putih telur pekat.
  3. Masukkan putih telur tadi 1/2 bahagian ke dalam adunan no. 1, gaul rata dengan kaedah kaup balik, masukkan lagi 1/2 dan gaul dengan kaedah yang sama hingga sebati dan rata.
  4. Tuangt dalam tin chiffon tadi dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Bila masak, keluarkan kek dari oven dan terbalikkan tin tadi atas jaringan. Biar sejuk dalam keadaan terlungkup. Sisip tepi kek dengan pisau tajam, keluarkan, sisip pula bahagian bawah, kemudian boleh dialih atas pinggan kek. Hidangkan...

Post a Comment

14 Comments

  1. Mattttt...jangan tinggal daku Cik Mattttt..... nanti saya rindu kat blog CMG nie....tolonglah..kasihanilah orang2 seperti kami nie. Yang tak bercakap satu aliran 'bahasa' dengan kita tu...biarlah diorang terjun jer dlm sungai dgn labu diorang....we all ramaiiii lagi yang support dan memahami CMG....

    Go Mat go.....

    ReplyDelete
  2. huhuhuu matt! sabo mat sabo.. kang xde mamat gebu nak usik aku lg kang! biarkan ajerlah mereka2 itew terjun ke dalam longkang! Antara org2 yg Allah sayang, adalah org2 yg selalu dbagi ujian.. ko kene igt tuh mat! Allah sayang kiter..camne ko support aku, aku nak gak support ko! huhuuu... haaaaa kan kuor dah nas nas sohih aku! hahaha.. cool mat cool k! aku ader air batu nih! nak?? hihihihi......

    ReplyDelete
  3. salam mat. Sabar ye menghadapi kerenah manusia ni. Insyaallah, klu niat kita baik, kesannya pun baik juga. Yang dengki mendengki tu, biarkan ajelah. apa2 pun akak doakan semoga mat terus berkarya dengan resipi2 mat.akak sentiasa sokong mat dulu kini dan selamanya!!

    ReplyDelete
  4. salam che mat,

    sabaq na che mat. nanti kempunan kami nk jenguk dan try resepi dr blog che mat ni. tambah2 yg x reti nk masak ni. blog che mat ni byk baktinya.

    ReplyDelete
  5. Salam Mat. Sayu je bunyik nya... Kita semua seangkatan, sabo je lah... Isyk, sunyi le kalau takda cik mat gebu... jangan majuk2 k. ....AlongRoz

    ReplyDelete
  6. salam en.mat..banyakkan sabar ya..dugaan namanya.Jangan berhenti berblog.Kami anak beranak peminat blog cikmat ni....dan ramai lg peminat cikmat kat luar sana...anggaplah semua ni cabaran:)...en.mat boleh...malaysia boleh hehe.

    ReplyDelete
  7. Sy salah seorg peminat setia blog Cik Mat ni dh lama intai2 tapi x pernah komen, kerana blog ininlah sy kini ada blog sendiri..Jgnlah majuk Cik Mat org dh lama berblog xkan x boleh ikut rentak dan ragam dunia blogger..nnt x GEBU lagi kek2 ciffon u tu(gurau ye)!!

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Mat,
    memanglah langau2 bertopeng manusia ni kan, tak pernah senang tengok orang lain senang. Ada aje yg nak di criticised. Diaorang sgt2 lah jeles tengok blog Cik Mat yg molotups ni!
    Jangan lah tutup blog, nanti tak dapat lah I nak tergoda2 tengok food dgn pinggan mangkuk teko antik kat sini...

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Mat..betul kata2 kawan2 di atas.kami semua amat memerlukan Cik Mat di alam maya ni seperti saya yg baru je berjinak2 ngn dunia masakan..harap Cik Mat tabah hadapi apa jua cabaran yea..HIDUP CIK MAT GEBU!!

    ReplyDelete
  10. Salaam Mat...
    Baru rasa nak kebah dari demam chiffon, ni Mat pergi sebarkan 'virus' tu lagi.. ada gak yang mama mencipon ni kang...

    Lor, down ke Mat? Hehe.. no komen sebab kita serupa! Hahaha...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Mat jangan kau tutup blog ni tau!! nanti I rindu pada you ni..I know how you feel when our gambar kena curi without permission..panas and bengang tapi lepas tu,kita still blog and life still goes on...I nak cerita sedikit ni pasal my anak punya gambar kena curi from my blog..One of my reader inform me 2 months ago,when she google pasal health for children,my anak punya gambar ada kat blog perempuan yang cakap pasal health..she used that photo without my permission,the worst part is my anak in the middle minum soda kat birthday party ..She said children in US gembuk kerana minum soda!! apalah cerita bukan bukan ni!! lepas tu I email kat that woman ask her to remove my pix.she did what I told but told me that she took that pix from google..lepas tu I google,ada 3 website guna that same photo!! I told them to remove that pix if not I'm going to report to DMCA complaint for breach of copyright.I know there are some ppls don't have ethical,but what can we do?

    ReplyDelete
  13. En Mat Gebu,yang no.2 tu kalau kita pukul je pakai tangan tak guna mioxing bowl boleh ke?

    ReplyDelete
  14. Salam Cik Mat...
    bioo kan dorang...ada ubi ada batas Cik Mat...tak selamatnye orang-orang macam ni...percayalah..(macam lagu siti norhaliza iteww...)...hehe.. anyway..Cik Mat..memang blog Cik Mat mantopss.. keep up the good work.. biooo kan labu2 terjun ke sungaii...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.