BEN ASHAARI

Saturday, May 22, 2010

HOT CROSS BUNS..

Hot Cross Buns
Salam semua, N3 sebelum masuk tidur (tapi kan kata je masuk tidur, akhirnya jam 3 atau 4 pagi baruu lenaaaa.....aduhhh, insomnia gamaknya aku nihh!!). Pernah makan hot cross buns atau roti palang?...Mat pun 1st time buat dan 1st time makan, hmmm ok lah not bad, tapi kan pada pendapat mat lah, ianya tidak akan menjadi pilihan untuk mereka yang bukan penggemar roti berempah, memang resipi asal depa letak serbuk kulit kayu manis. Tapi tu bukan paksaan, kalau tak nak tak payah leer letak. Kismis dan halwa kulit limau pun ada dicampurkan, yang tu pun kalau tak suka, tak payah leer letak, kan sendiri yang nak makan, kalau buat ikut 100% resipi, sekali dah siap tak lalu nak makan, dahhh membazir, penat pun yea....jadi resipi2 ni hanya panduan (tapi bahan2 "utama" tu jgn pulak pepandai oter, kalau tak jadi kang dah nyesal...).

Hot Cross Buns
Resipi asal mat ambik dari buku roti "Alex Goh", cuma dalam resipi ni mat tambah pelembut dan pemantap roti (yang ni optional yea...tapi kalau letak tu berbeza kelembutannya). Lagi satu kan, bahan pes untuk buat "cross" tu, kalau ikut resipi, jadinya banyak dan sah2 leer tak habis. Jadi mat dah kurangkan...biasa lah. ai kan kaki derhaka, mana yang rasa macam tak kena, apa lagi derhaka laaaaaa......tapi derhaka bertempat dan kena agak2 jugaa, jangan main harung semacam.....kalau yang rasa nak mencuba boleh semak resipi yang mat salin dari buku Alex Goh, kalau tak sedap koo orang marah kat dia....okey!..

BAHAN DOH ROTI :-)
250 g tepung roti
35 g gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar susu tepung
1/8 camca teh serbuk kayu manis
1/2 camca teh bread improver (optional)
1/2 camca teh bread softerner (optional)
2 camca teh instant yeast (mauripan)
100 mk air suam
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
25 g mentega
70 g kismis
30 g halwa kulit limau (optional)

BAHAN PES :-)
30 g tepung gandum
3/4 camca besar minyak masak
30 ml air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan yeast dalam air suam, kacau rata dan biar berbuih. Sementara itu, satukan tepung roti, gula halus, garam, susu tepung, serbuk kulit kayu manis, bread improver/softerner dan bancuhan yeast dgn air suam tadi, gaul rata dan tambah telur dan terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (uli kira2 20 minit, kalau guna tangan). Kemudian, campur kan kismis dan halwa kulit limau, adun hingga rata dalam doh roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik cling dan perap 45 minit - 1 jam, hingga naik. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan doh roti dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on", tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan bahagikan kepada 12 bahagian sama besar, bulat2kan setiap doh tadi dan susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biar ia naik selama 45 minit.
  3. Sementara itu, satukan bahan2 pes dan kacau rata hingga menjadi pes yang licin, biar kan sebentar. Masukkan pes tadi dalam beg plastik yang bersih dan gunting bucunya sedikit. Sapu roti tadi dengan telur kemudian paipkan cross (palang) pada atas setiap roti. Bakar dalam oven pasa suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kepeerangan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

5 comments:

azah said...

salam..hang kalau derhaka tak apa..dah berdaulat..akak kalau derhaka terus masuk tong sampah..hehehe..psst..den dok menengok cawan twin roses tu..lawa..ada lebih nak juai tak..tak ada saucer pun tak apa sebab saucer dah ada...roger2 ok

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abang mat

amboi....dah terbiasa bab merderhaka ngan CMG...

tapikan serius nak habaq...ayu terliur...nasib ayu diet..oat jer...karang....masak yg sedap2 yer..kikikik (ayat entah apa2 merepek memalam buta......)

Mat Gebu said...

salam kak azah...
Set tu kan kak, susah juga nak dpt..saya sendiri tengah tunggu lagi 2 set cawan dia....tapi sapa lah tau kan kalau terrrrrjumpa...

salam puan siti...
Hehehehe, biasa lah menderhaka mmg keje saya..tapi tu lah ada kala tak menjadi juga, walaupun derhaka sikit2..ada kala tu derhaka besar2an, hasil dia meletop...peningg!!

NYKOLETT said...

hai mat..muda2 dah insomnia....minum warm chocolate drink sebelum tido.it helps a lot..pas tu kira kambing biri2 sampai lena...hihihi...saja nak mengusik mat.!

Mat Gebu said...

salam nykolett...
hehehehe..tu lah, kadang2 penat juga lelap kan mata, masih tak mo lena...ingat pasni kita try petua nykolett pulak..terima kasih yea kongsi info..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.