BEN ASHAARI

Monday, April 19, 2010

PIZZA GEBU

Pizza Gebu
Assalammualaikum semua, pa khabar...Buat apa tuu..Jom makan pizza, yelah kan, pak tua ni kalau nak makan2 luar ni agak "tak biasa", semua sapu makanan jenis "home-made". Hari tu perasan kat blog "MamaFami"....dia buat pizza, saja tau makcik tu nak seduce2 i dengan pizza dia tu. Pada pendapat mat lah kan, pizza ni kalau nak dimakan sangat, elok pi beli jee yang dah siap, sebab apa, keju mozarella dia tu...adoii kus semangat mak koo, mahal cekik darah...2-3 kali ni fikir nak beli. Pusing keliling mat kat kawasan jual keju tu, nak beli ke tak nak...nak beli ke tak nak...last2 beli jelahh..malas nak fikir....Resipi yang mat letak ni akan menghasilkan 2 keping pizza berukuran 9 inci dan menggunakan keju "mozarella" lebih kurang 175 g (kalau budget lebey, suka hati ko orang lah nak lambak keju banyak mana yeaa...)

Pizza Gebu
Kali ni mat guna sosej ayamas, sosej yang jenis berlada hitam tu sedap juga, cuma rasa dia sedikt masin. Lepas tu kan, pizza ni, nak sedap lagi, makan dengan sos tabasco atau sos "piri-piri" macam dalam gambar tu....sedapp kooo...tapi tu tekak mat lah. Lagi satu nak cerita sos base untuk pizza tu boleh guna sos tomato biasa yea, untuk yang ni mat buat sendiri sos pizza....Ehh, rasa idea nak merepek2 macam hilang lahh...sampai tatau dah ni nak tulis apa...nak kena pi kutip aura orang2 yang kuat merepek nihh, tambah idea...Ok lah jom kita semak resipi yeaa...

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PIZZA :-)
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers
175 g keju mozzarella, hiris nipis2


1. Black Olive 2. Green Olive 3. Jeruk Capers

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS PIZZA :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  3. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

16 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abg mat,....
ayu nie tengah lapor sangat nie...(cuaca luor sejuk memanjang jer)

abg mat...nampak pic atas tu byk bawang ler..kalau blander kasi lumat okey tak?...

sos cili piri tu nak cari kay mana eik?....

cikgu isza said...

kenapa and tell me why..
Huwaaa.. kenapa kluarkan entri ni setelah saya berhempas pulas mengerjakan doh yang tak jadi..huhuhu

takpe2.. suatu hari pasti ku cuba..

ain said...

perghhh... pizza.. my favorite...

kakchik said...

salam kenal cik mat.
kakchik dah lama jadi follower cik mat tapi dok diam2 je. segan nak tegur menegur cik mat yg glamer ni. entah kenapa malam ni bila ternampak je PIZZA GEBU terus je rasa nak tinggalkan komen buat pertama kalinya kat sini. kakchik memang kaki pizza lebih2 kalau yg gebu macam yg cik mat buat ni. kuuuus semangat.

Ummi said...

Hehee...kelakor teringat psl pizza ni bila Mat citer td..syuuuttt...akak kan mmg jakun x penah makan jeruk2 mat saleh tu tau..sedap eh letak dlm pizza tu? Nanti laa, kalau teringin ke mengidam ke, akak cari la try makan..heheee, sedap ke Mat sos tu? ^_____^

Ismaliana Bt Sulaiman said...

salam cikmat...lieya pun x penah makan black olive...green olive..lg la capers tu..selalu dgr si jimmy oliver tu sebut jer...maklum lah org kg...hihihihi capers tu apa rasanyer yer....sajer nak tau..bg pizza tu rasa lbh sedap ker...

-iNtAnAdiA- said...

huhu...tiap kali visit blog cikmat mst saye rase lapa

tp nk wat camne dok kat hostel nie hanye mampu mkn megi je la

btw mane nk cari jeruk capers tue ye??

nmpak sedap je time si Rachel Ray letak dlm masakan die

~anna&anuar~ said...

adoooyyyaaaiii.. x thn nak jd silent reader jek.. nak komen jugak.. dpt sekali komen pun, kire jadi la.. sbb malu diri ini ciput benor kalo nak dibandingkn dgn cik mat..

p/s: berpinar tgk resipi pizza nih.. addoooyyyaaaiii, dr dulu sehingga kini.. SAYA MASIH MENGAGUMI ANDA.... SGT2... IDOLA SAYA DI DAPUR...

E-na Zarina said...

Salam Mat Gebu..
kat sini cheese murah so stok cheese dlm fridge x pernah putus...bila balik mesia nnt x boleh lah nk bermewah2 dgn cheese...hu huuu

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Dahlah harga cheese cekik darah, topping Mat pun guna benda-benda yang berbagai dan mahal. Tapi tak apalah kan Mat, bila kita buat sesuatu tu, mesti nak dapat kepuasan kan. Beli benda mahal, kalau semuanya habis dimakan, mesti puas hati!

p/s : Buat masa ni, mood makcik ni tengah merundumlah Mat... rasa macam nak dok dalam gua sorang-sorang. Bukan dalam batu belah tau.. nanti penyet!

atoyis said...

cayalah abg mat buat pizza..nampak menyelerakan..gebu bebenor..nnti nk try la

~~zAnAfAhMi~~ said...

ni boleh bukak restoran tp nama pelik skit la...PIZZA GEBU MAT GEBU....huhu...berduyun org dtg bkn nk mkn pizza tp nak tgk tuan dia..

en mat..hari tu wat pizza resepi mana tah, kematu la bila sejok.

Mat Gebu said...

salam puan siti...
Bawang tu kalau tak nak, boleh abai kan...lagi satu, kalau untuk budak, letak benda2 ringkas jee pun ok..tak payah xsesori byk2...hehe..

salam cikgu isza...
Oooo pernah try ek. ok lepas ni cuba yg saya punya tu pulak...then bagi feedback yeaa...

salam ain...
Feberet saya juga, cuma nak makan tu kena berhati-hati..hehehe,

salam kak chik...
Saya pun selalu lalu lintas kat blog kak chik, kan kak E pernah jumpa kak chik masa dia pi Kelantan dulu...kak E ada cerita..Terima kasih yea sudi singgah dan tinggal komen kat blog saya ni...

salam kak ummi..
Ehem..ehem..ingat kak, yang tu jgn bagi tau sesapa...dediamm tauuu...syyyyy...

salam ismaliana...
Eh..eh..saya pun orang kampung..tau tak saya ni jenis ortodox, konservetif and old fashion tau...cuma benda2 mcm ni saya a bit open minded...jeruk2 tu semua rasa sedap (pada tekak saya) bila all blended together dalam mulut kita...hehehe

salam intan adia...
Olive and capers tu kat tesco, giant, jaya jusco, C4, semua ada jual...saya suka rasa dia, tapi tatau lah org lain, olive tu kan rasa dia lemak2 masin (but not to salty..) capers tu pulak ala jeruk's..hehe

salam anna & anuar...
Eh..jgn lah kata mcm tu. ciput tu yang akan memberi hasil terbaik..saya pun tak pandai mana, setakat jaguh di dapur sendiri jee..serius ni waa cakap sama luu beb!!...hahaha

salam e-na zarina...
Kat mesia ni keju maha;, whipping cream mahal, semua mahal lah pendek kata..

salam mamafami...
Kenapa ma, ada masalah ke, mesti penat nihh....apa nak buat ma saya ni kan suka benda2 aneh..hehehe

saam atoyis...
Mesti cuba...tak nyesal punya...

salam zanafahmi...
Ok nanti u try pizza base yg ni, insya allah lembut walau pun dah sejuk....

Lelord said...

adehhhh tiap kali masuk sini lapo...kdg2 cam xnak masuk tp jemariku gatal ke sini. kalau le dekat mau gak singgah amik sepotong

Mat Gebu said...

salam lelord...
Hahaha...tu lah, saya kan suka "seru2"....memanggil2 gitu...

Drunbella Khoo said...

salam.
nak tanya kalau kita gantikan keju mozarella tu dengan cheddar cheese boleh ke?
tersilap beli laaaaa pulak.
=_=

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.