BEN ASHAARI

Thursday, April 15, 2010

MEE BANDUNG RINDU - RINDUAN.

Salam semua, buat apa tu, mesti ada yang tengah releks2, sambil meronda2 di alam maya, tak pun menonton rancangan kegemaran. Ok, sebelum tu, nak cerita sikit. 2 hari lepas van pos laju singgah rumah mat, mula2 ingat aku dapat teko antik....Sekali kan rupanya mat dapat pes mee bandung kiriman dari salah sorang blogger yang mat kenali blognya dari blog Ben Ashaari. "Citarasa Rinduan" nama yang diberi pada blog nya, seorang wanita gigih bernama Puan Siti Rahayu Ab Rahman....Jangan tatau koo, dia ni tokey restaurant tau...."Citarasa Rinduan" tu exceli nama restaurant dia. Disamping tu kan, puan siti ni turut mengusahakan "pes mee bandung" segera, pendek kata semua dah ada dalam tu, tinggal campak2 jee....and rasa dia, i tell u, not bad at all, setaraf dengan jenama yang tersohor..ikhlas cakap ni bukan sebab aku dapat free yeaa.....psstt..kat atas tu gambau kotak kiriman puan siti, pisau dah siap, 2 bilah lagi tu, lepas tangkap gambau tu, mat pun merobek2 si kotak tadi...hahaha, sadis kan...Untuk maklumat lanjut boleh lah singgah blog dia di sini...dan jika teringin lah nak merasa boleh beli online, contact this number--> 017 - 7914181, 019 - 7106736 atau 07 - 8978477.... for more information yea...

Mee Bandung Rindu-Rinduan
Ok, berbalik pada pes mee bandung ni, 1 pack tu untuk hidangan 3 orang, pes rempah diasingkan dari campuran kacang tanah dan udang kering. Tapi kan, sebelum tu mat nak minta maaf pada puan siti.... macam koo tatau, pak tua mu ini kalau buat apa2 resipi pun sah2 ler aku derhaka sikit dari apa yang tertera pada cara2 memasak yang sedia ada pada bungkusan. Mati lah lepas ni kena carut's habis-habisan...dan tak lama lagi gelaran baru pun muncul, mula2 mat gebu, mat teko, mat bunga (yg ini aku tak relaaaaa)...dah terbaru ni mat derhaka..arghh tak suka lahh, keji beno gelaran tu...tak relaaaa!!!....Psstt...cun kan set pinggan mangkuk antik bunga rose hitam tu....pakai set tu kan, rasa betul2 "Melayu"...ada feel gitu.....

Mee Bandung Rindu-Rinduan
Amacam tak kecur ke air liur u all tengok mee bandung rindu-rinduan tu...hahaha jangan memain, nama dia mat sesaja letak, jadi bila makan terkenang2, terindu2....Ok, mat tulis lah juga resipi, walaupun guna pes sedia pakai, tapi mat ada letak bahan2 sampingan, maklumlah satu pack tu mat buat untuk makan 6 orang!!....jimat koo and the taste still meletopss!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pes mee bandung segera (nak tau lebih lanjut, contact number tertera di atas..)
2 pokok sawi hijau, cuci, asingkan batang dan daun, dan kerat2
200 g daging batang pinang, hiris nipis
1 biji tomato, dibelah 8
15 ekor udang sederhana besar, bersihkan
6 biji telur ayam (mat guna telur gred B, sebab kandungan airnya kurang)
2 liter stok ayam (atau air biasa + 1 kiub stok ayam, larutkan)
1 1/2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji bawang merah, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mee kuning, cuci, celur sekejap dan toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Tauhu, goreng dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili padi (optinal)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga garing, tambah sos tomato dan sos tiram, kacau rata dan masukkan pes mee bandung. Gaul dan tuang stok ayam, kacau lagi dan biar mendidih. Kalau rasa nak tambah kuah, tuang sedikit lagi air.
  2. Masukkan daging dan udang, bila mendidih, masukkan pula kacang tanah + udang kering (yang ni mmg tersedia ada dalam pack pes mee bandung puan siti tu, dia letak asing2). Kacau perlahan dan bila mendidih, kecil kan api. Pecah kan telur satu persatu dan biar ianya masak sepenuhnya dalam kuah panas tadi.
  3. Tambah batang sawi dan tomato. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna sedikit serbuk perasa pun ok...). Bila mendidih tambah daun sawi. Masak sekejap lagi. Masukkan mee secukupnya (anggaran 700 g), kacau rata dan angkat.
  4. Alih dalam bekas sesuai dan hias dengan bahan lain sebelum dihidangkan segera. Kalau nak buat kuah tu dulu pun ok, bila dah nak makan, baru masukkan mee tadi, masak sekejap, angkat dan hidangkan, poweerr sehhh!!!....Sepatah kata "Mami Asmah Laili"----> mintak amponnn sedappp!!!...

15 comments:

Chempaqa said...

salam cik mat..
adoiiiiiiii sakit perut gelak dgn gelaran mat derhaka tuh..tapi mmg x sesuai..plg sesuai :Mat Modify:..bru ade kelassssss..tp yg penting..modify2 pon resepi still asli..rase tetapppppp malatopsss..td bila tgk pisau tuh..baru taw ganasnya hang mat..wakakaa..cuba bawa bsabar..bab ,membuka nie..kih kih kih..ya amponnnnnnnnn..

abcmilo said...

kecurr kecut meleleh ayaq liuq sy ;)

**jangan jadik anak derhaka sudah yee encik mat bunge ehe ehe....

Mat Gebu said...

salam chemp...
Pisau2 tu gimik jeee...hehe, takut kan "derhaka" nanti kena sumpah jadi batu...ke jadi teko RA..mana yg bess?..

salam abcmilo...
Yeaa betulll...mintak simpang malaikat laa...seriau bila terpacul ayat "anak derhaka" tuu..tapi mat bunga tuu..adehhh....memual kan...hahaha

MamaFaMi said...

Salam Mat...
Hok aloh, keji tol gambo ko. Tengok lak tengah malam buta ni. Baik-baik perut dah sendat, leh rasa macam separuh penuh je tau!

Wah, baik punya promo eh Mat. Tak pe Mat, dapat pahala tau! Lepas ni kan, ramailah lagi pengusaha-pengusaha makanan yang lain hantar kat Mat... silap haribulan, ko jadi stokis je la Mat. Hihihi...

Tapi kan, Mat ni bercerita, tak de ikut bab tau. Memula dia minta maaf kat Puan Siti pasal derhaka, pas tu dia kona cerita nama gelaran dia. Kemudiannya, dengan tak semena-mena, naik pulak nama si pinggan mangkuk rose hitam! Redah je la Mat... asal ko bahagia...

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Hahaha, alah jgn marah, nanti cepat tua...lepas tu kalau marah2 jee, nanti pakai baju terbalik, seperti biasa lah ma, saya kan suka gabung kan byk2 cerita dalam satu nafas...hehee

Muna said...

Semalam baru aje dapat gelaran baru, dah lupa sama itu "Mat Pinky"?!

Mat Gebu said...

salam muna...
Sebab mata ceQ tak bley nak lelap, sat tadi pi cuci mata kat FP muna yg menawan tuu...tapi kan dalam keindahan gambar2 tu tadi, ceQ terperasan mamafami dok bersidai sakan kat padang rumput sambil makan derian..hahaha....uikk "Mat Pinky"?...nahee..naheee...tak relaaaaaa...hahaha...

hana said...

salam mat.. aku setuju cakap ma! silap aribulan ko jd stokis jualan! tambah lagik gelaran `mat stokis`! kikikiki.... ppon ko menten klassss wpon derhaka! aku setuju! kekekekee...

Ummi said...

Salam Mat...
Amboiiih pagi ni buka je pintu dapur ko nampak pisau 2 bilah..alamaakkk rasa nak balik rumah jek..takut la ko mmg tgh mood x elok ke, kena rasuk ke, silap2 ko sembelih sesape yg lalu lalang kat dpur ko ni sbb byk sgt cakap...heheee...Akak baik, akak xnak cakap apa2. Tapi satu jek akak nk melolong panggil gadis2 pingitan kat luar sana, tunggu apa lg weeeiii, tu Mat dah letak alamat penuh tuh...cepat2 la hantar resume dgn gambar saiz penuh okayyy...sape nk nombor tepon Mat, call akak, heheheee...Mat, ko mmg tgh rindu-rinduan ke? Apapun, mee bandung tu nmpak sedap, tambah2 telah diderhakakan resepinya oleh ko..dan dimasukkan dlm mangkuk antik bunga hitam tuh...pergghhh!

BEN ASHAARI said...

wa wa weeeee... sampai jugak ek.. ben tak sempat rasa mee bandung tu .. mak tak sempat buat sebab semua tak sihat ari tu ..huk huk ..wife ? masa tu outstation .. semua bz jek


mat, masuk sini sat .. pastu tengok lastttt sekali tuu ek..

http://www.benashaari.com/2010/04/segmen-baru-minggu-hadapan.html

Mat Gebu said...

salam hana...
Hahaha, lepas tu kan aku xport ke jepun...koo pulak jadi stokis kat sana, amacam hana....'

salam kak ummi...
Kak, pisau tu menandakan betapa saya komitednya nak masak mee bandung guna pes tu..jangan memain, sapa cakap byk, mulut tuu kena kerat2...tu lah, lepas ni nak korek almari doraemon, rasa ada lagi set2 tersembunyi...

salam Ben...
Laa, ye ke...ok juga pes tu, not bad..overall rasa dia sedap leer...ok ok...waaa ada segmen baru ke...nak pi tgk sat..

Ismaliana Bt Sulaiman said...

wahhh..glamer la ayu lps ni mesti ramai org pi serbu kat restoran 'citarasa rinduan'...tumpang bangga..org kg saya nih...hehehe...nak try juga lah....;)

Mat Gebu said...

salam ismaliana...
Insya allahh...tapi kan pes mee bandung dia tu sedap, terasa udang dia...ikhas cakap nihh..

Ismaliana Bt Sulaiman said...

hehe..lia tau cikmat mmg 'honest' ornyer...:) (bkn ayat bodek ea nih...) nnti mmg nak beli..dah masak nnti lia publish kat blog ea...:D

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam....

abg mat, maaf ayu terlambat nak jenguk entry nie...ayu halalkan bab derhaka tu...harap3 abg mat suka rasa paste tu..

sorry yer lambat jenguk, ayu ada hal keluarga,,,,

(PS: TERGODA LAH TENGOK MEE BANDUNG BUATAN ABG MAT Y TERDERHAKA TU....)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.