Resipi ni asal2nya dari "Chef Wan" yang femes senantaro dunia tuuu, kalau tak silap, mat kutip dari majalah Jelita tahun 90-an.. Kek ini lembut dan rasa dia mewah dengan rasa keju, mentega dan susu (tu pasal kena makan sikit2..kalau koo baham seketul besar..boleh pitammm!!!).. tapi kan bila kita makan sambil minum teh hangat yang diperah jus limau kasturi atau lemon, hmmm nyamann bahhh!!!... Ok jom kita semak resipi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g cream cheese
150 g mentega
3/4 cawan gula halus (mat kurangkan sikit)
3 biji telur gred A'
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu segar
4 camca besar blueberry filling
4 camca besat strawberry filling
Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
- Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
- Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...



9 comments:
Vogue laa kitchen aid cikmat tuu...tak pernah wat pe'el ek spjg perkhidmatan tu?hehe...
Kek tu memang nampak lembut..kalo guna blueberry filling jek ok kot ek..
salam cik mat. emm sedapnya cheese cake cm tu.
hasue...
salam hasue...KA saya tu setakat ni alhamdulillahh, tak de apa2 masalah, lebih 10 tahun saya guna....kalau guna blueberry sahaja pun ok, nak guna jem perisa lain2 pun ok..
mohdandmeriam...
salam...kalau dibiarkan semalaman, makan keesokkan hari nya, lagi sedap..jadi lembap dan lembutttt..
Emmm..nasib baik ko x sedey lama2 atas kemangkatan Almarhum Sultan tu...semangat lg wat ciskek...suka, sukaaa...hehee...Mat, nak seketuiii..xleh byk2..sebab lemak sebam dah dlm badan akak nih..hehe
wah, ade kek la... hehe
Salam Mat Gebu,
Akak nk c&p resepi dan photonya ya..Den nak toghai resepinya.
Best nyer...nak cube...nak cube...nnt klu jadi Maria letak kat blog Maria...camne rupe nyer...
Che Mat, nie resepi yang mesti dicuba nie.. thanks Mat..
mat..cantek ler pinggan crystal tuh..
Post a Comment