BEN ASHAARI

Tuesday, December 29, 2009

KUIH BAKAR

Kuih Bakar
Salam untuk semua, dah beberapa hari teragak nak makan kuih bakar. Bukan tak boleh beli, tapi saja je nak buat, lagi pun nak membuatnya bukan lah payah bebeno, kata mamafami sepatah "masuk semua sekali then putaq, peh tu bakar!"..tu dia pakar yang cakap, bukan mat...hehehe. Rasanya dah pernah buat dulu, resipi dari "Jo'....rindu lah nak menjelajah blog dia (laa ni dia dah berehat dari ber"blog").... Rasanya tak manis sangat, kuih dia pun just nice tak keras dan tak terlalu lembut (pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong!!!). Bijan atas dia tu lagi lah menambah keharuman dan ke"lemak"kan kuih bakar....Jomm ramai2 kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Lepas mat bakar dalam 55 minit, permukaan kuih masih kurang perang, walau pun sudah kekuningan. Apa mat buat, ialah tukar api oven kepada fungsi grill dan bakar 10 minit lagi (bagi yang mempunyai oven fungsi grill). Kuih ni kan kalau berkerak lagi sedap..... Selamat mencuba!!!

13 comments:

ann-dehouzze.... said...

yes!i like it!aku dh pernah mkn,tp bkn aku yg buat ler..my prebd yg bg,mmg sedap!!hihi

MamaFaMi said...

Kuih bakar Mat ni, tengah buat persidangan meja bulat eh? Nak buat memang senang kan Mat.. cepuk semua dalam blender je kan. Kalau rajin, tapis, tak rajin, curah je dalam loyang! Pas tu bakau... siap dah kuih bakau...Hahahaha...

HaSue said...

Memang sedap resepi ni..selalu buat kuih bakar(kitorg biasa sebut bingka) ni sebab enak je,cukup lemak n lembut.. pehh..teringin lak nengok gamba kuih bakar cik mat tu..a

Amilia said...

salam abg mat,saya selalu singgah blog ni.saya nk ucapkn terima kasih yg amat sgt sbb share kn all the recipes.sbb blog ni la yg buat saya semangat nk masak sendiri di rumah.tima kasih lg skali :)

Madame R said...

DAH CUBA BUAT SMLM. MEMANG MENJADI DAN SEDAP .TERIMA KASIH SHARE RECIPE NI.

Rahayu Ahmad said...

Salam...ayu nak mintak permission to cut and paste this recipe to my blog....harap encik mat tak marah ye....by the way kuih bakar ni mmg sedap & lembut...

ma'chiks said...

salam....gebusss.walaupun sya mmg kureng nk mencuba wat kuih2 berbakar bingka tp bila tengok cam jatuh hati nk menerai.

azma62 said...
This comment has been removed by the author.
azma62 said...

Salam... terimakasih banyak2 share resepi ni.
buat semalam, sedap sangat...
April ni pula saya kena buat kuih bakar untuk jualan amal di Bazaar Asia Pasifik Tokyo, bolehlah guna resepi che mat ni... tq :)

Yana Dyana said...

Tahan lama tak kuih nie

Yana Dyana said...

Tahan lama tak kuih nie

Yana Dyana said...

Tahan lama tak kuih nie

Masita Misdi said...

Ada kelainan tak rasa minyak sapi and mentega? Tak pernah cuba minyak sapi lagi. Tapi saya selalu nya letak 1 biji telur je, still ok.