BEN ASHAARI

Tuesday, September 15, 2009

TAT NENAS GULUNG

Tat Nenas Gulung
Salam sejahtera untuk semua...tat nenas memang tak boleh dipisahkan dari sebarang perayaan di Malaysia, nak2 pulak hari raya..Kaum baba peranakan pun suka makan ini tat nenas tau, dia orang buat lagi besey (besar)..kalau tak caya, luu tengok yang dia orang jual kat Jonker Street, besey2 tau, makan 1 dah kenyang.... Resipi kulit tat ni mat ada buat sedikit perubahan untuk mengelakkan ianya menjadi terlampau rapuh, sampai tak leh nak pegang. Bayangkan kalau pegang je hancur dan yang makan tu pulak budak2..habis lahh berterabur, silap2 habis leer sofa2 import u all depa buat tempat lap tangan..ahaks!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g minyak sapi (ghee)
100 g mentega
50 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh serbuk vanilin@esen vanilla
40 g tepung kastard
400 g tepung gandum
Beberapa titik pewarna kuning
Jem nenas secukupnya, digentel sebesar badam
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, mentega, gula aising dan serbuk vanilin@esen vanilla hingga sebati (tak yah sampai kembang). Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar hingga rata.
  2. Masukkan tepung kastard, pewarna kuning dan putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh ditekan (jika menggunakan acuan tat jenis tekan....macam acuan kuih sampret...). Bila rasa dah ok, jgn letak tepung lagi...
  3. Rehatkan doh 5 minit dan tutup dengan kitchen towel bersih yang lembap. Isi doh dalam acuan tekan yang dipasang mata untuk membuat tat gulung. Tekan memanjang (pastikan bahagian bercorak dok belah bawah), letak sebiji jem dan gulung doh tadi perlahan2 sehingga menutupi jem. Kerat dan alihkan ke dalam dulang pembakar
  4. Buat hingga habis, sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 17 minit. Bergantung pada oven masing2. Biarkan tat suam diatas dulang pembakar sebelum dialih ke atas jaringan. Bila sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara...

5 comments:

ain said...

sbb tu lah sy malas nak buat tat...kang nanti abuk2 tat sumer ada serata rumah.hehehe

psst...yg sebenonya tak tau buat tat.kihkihkihhhh

Am-flora said...

saya suka buat tat ni tapi tang menekan adunan tu yg lemah sikit last yr buat sampai sakit tangan tau nak mnghabiskan adunan tu! cik mat ada idea ke acuan tekan yg ok sikit yg x mnyakitkan jari-jemariku ini..ciwah!

linda zasly said...

Tima kacih banyak2 dengan resepi biskut raya semua tu....tahun ini kite buat biskut raye guna resepi Mat Gebu ini...Selamat Hari Raye...tq

Ainur68 said...

Tima kasih cik mat. Nanti bila akak dah try akak bagi tahu cik mat camner....tapi kalau x bagi tahu tu x buatlah tuh...kih kih kih

Kak Ani said...

salam mat~ selamat hari raya buat mat & keluarga..

mat tak ambik tempahan ke ? faveret akak tart nenas ni tp mmg malas gilerr nak membuatnya...kalau leh tempah dgn mat,kan sonang...