BEN ASHAARI

Monday, September 14, 2009

KERABU TOMATO

Kerabu TomatoAlign Center
Salam sejahtera untuk semua, sebelum tu nak minta maaf bagi yang memberi kad2 ucapan, nanti mat ambik dan letak di blog...mat dahulukan dengan ucapan terima kasih banyak2 atas tanda ingatan tu semua. Buat masa sekarang ni mat dalam proses membuat biskut2 raya dan mungkin hari Rabu nanti baru selesai..... Sebenarnya puasa tahun ni, mat masak yang biasa2 saja...sebab orang2 kat rumah pun depa makan nasi masa berbuka. Ok hari ni mat letak n3 kerabu tomato.....Tekak ni kan tiba2 macam teringin nak makan kerabu tomato yang ada rasa macam, manis dan lemak2....Lupa nak bagi tau, kerabu ni mat buat semalam, baru hari ni sempat masuk blog.....insya allahh 1 - 2 hari lagi, mat masukkan n3 kuih raya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato, kalau dapat pilih yang kehijauan
2 camca besar ikan bilis, goreng garing
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan goreng garing*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 ulas bawang putih, dibakar*
1 biji cili merah*
2 biji cili padi*(*ditumbuk, tapi jangan halus sangat)
Jus limau kasturi (dalam 2 - 3 biji)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tomato di belah, dan hiris halus. Gaul bersama bawang hiris dan bahan2 tumbuk tadi. Tambah garam, gula dan jus limau kasturi secukup rasa. Tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.....yumm..yumm!!!

4 comments:

bvlgarigirl @ Arianna said...

sedapnyeee...memang lelaki zaman skrg ni lagi terer masak dari perempuan.

especially saya ni..hehe

kakpah said...

Selamat hariraya mat. Banyak kueh raya?

ain said...

amboi sedapnyaaa!!!!

SELAMAT HARI RAYA UTK CIK MAT SEKELUARGA DAN MAAF ZAHIR BATIN!!

IMCurtain said...

Salam semua.

Anda dijemput untuk menyertai Komuniti Blogger kami secara percuma. Berkenalan dengan blogger dari serata pelusuk dunia dan promosikan blog anda di IMCurtain.comcones

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.