BEN ASHAARI

Tuesday, September 15, 2009

BISKUT PEANUT BUTTER

Biskut Peanut Butter
Teringat dulu2, bonda mat buat biskut peanut butter, tapi bukan lah rupa macam ni..Bonda mat buat dulu, biskut dia bentuk bulat dan ada setoet kismis diatasnya. Dan yang lecehnya bila acuannya melekat, habis kuih hancur, berterabur...tu jam kalau ingat, macam nak nak pijak2 kan je acuan tu...geramm!!... Hari tu kan saja2 lah try modifiey sikit resipi dedulu tu, ok lah juga, cuma kalau yang asal tu, lagi nyamannnn....

BAHAN - BAHANNYA :-)
125 g peanut butter (pilih yang halus)
125 g mentega
2 kuning telur
130 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh emplex
1/2 camca teh baking powder
400 g tepung gandum (kurang lebih)
Kuning telur*
Kacang tanah*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, peanut butter, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan pucat. Masukkan esen vanilla, baking powder dan emplex, putar rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dicanai.
  3. Canai doh 1/2 cm tebal dan terap guna acuan kegemaran, alihkan ke dulang pembakar, buat hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut tadi dan hias dengan 1/2 bahagian kacang.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 18 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

3 comments:

Ummi said...

Mat, wah dh byk buat kukis eh..akak mmg suka peanut butter ni..dulu2 duk dgn mak sedara selalu dpt makan kuih ni..hehe..makan jek, dia rajin buat..ada acuan khas dia kan..Tp bila kahwin x penah sempat makan bila pergi rumah dia..dah licin..pastu x penah buat..wakakaa!

lumpkins said...
This comment has been removed by the author.
lumpkins said...

thanks for the update