BEN ASHAARI

Monday, August 17, 2009

SERUNDING UDANG KERING

Serunding Udang Kering
Bila tengok serunding, dah macam nak raya...tapi serunding ni kan memang sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat, lemang dan sebagai pelengkap lontong. Kalau nak campur daging cincang pun sedap juga, memandangkan tak de stok daging cincang kat rumah, mat guna udang kering je lah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan*
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
  2. Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....

9 comments:

ain said...

betullah..mcm nak raya aje kan. bestnya nak raya tp kena utamakan bulan ramadhan dulu lah.

Muna said...

cik mat....manyak sedey datang sini!! Cheq punya stock rempah ratus sudah lesap. Agaknya those movers tu ingat ganja kot....depa dok sedut sakan!!
Lepaih ni cheq kena tukaq kerjaya...jadi supplier rempah for "coffee shop"

azrina said...

hmmmm...lazatnyer menengok gambar dia..nyum nyum..nak cuba la nnt..

CT Delima said...

ohhhh.... sedap lah serunding. tak kira serunding apa pun semuanya sedap.mat anto semangkok mat hehe

sonata anak kancil said...

salam, sedapnya...Mat, mintak izin nak C & P dulu - nak buat tunggu dulu!!!tapi memang gereti sedaplah...

Ummi said...

Mat sedapnya serunding tu...ni kalu makan dengan pulut pagi2 ni pun sedap nih..akak mmg suka sgt..tp x penah wat..duk rajin beli je dulu2..pasni leh la ko tapau n poskan kat Kuantan ni eh..:D jangan caj mahal2 sgt ya Mat..hehe

echah_syed said...

betul tu ummi mkn dgn ketupat pulut atau lemang pun sodapp :)

Yani said...

hihi mat dah nak raya ke.. Selamat berpuasa

Beachlover's Kitchen said...

ini favourite saya..nenek I selalu masak serunding sambal...I think this is nyonya dish kah? Selamat Berpuasa Mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.