BEN ASHAARI

Thursday, August 13, 2009

LEPAT PISANG

Lepat Pisang
Salam sejahtera untuk semua, selamat pagi, dah sarapan ke?...Jom makan lepat pisang, ala kuih biasa yang selalu orang2 kampung buat, maklumlah kat kampung benda2 macam ni mudah didapati, pisang ada tanam sendiri, kelapa pun sendiri punya (tapi kan untuk lepat ni, guna kelapa beli..hehehehe), kalau kita fikirkan orang2 melayu ni makanan mereka mudah, ikut apa yang ada di sekeliling mereka. Pucuk ubi, pucuk paku, pisang muda, jantung pisang dan macam2 benda semua kita boleh buat lauk-pauk yang istimewa..betul tak?....


Lepat Pisang
Lepat pisang kali nie, bonda mat yang buat. Feberet abah den lepat pisang ni (dan juga lepat ubi, naga sari dan segala2 jenis lepat...). Tidak menggunakan gula pasir, sebab pisang tu sendiri dah manis, cuma tambah sedikit gula melaka sebagai pemangkin rasa. Kelapa parut dicampur sebagai penambah rasa lemak2 pada lepat ini....ok ni resipinya...

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
  2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
  3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi....

7 comments:

ain said...

pg td, bfast mkn lepat pisang gak. tp yg beli punya la. nak buat tak reti.hihi

CT Delima said...

Mat..k.ct suka lepat ubi..tapi lepat pisang ni pun suka gak. cuma kureng sikit lah.nak jadi cerita tu hari buat nagasari mat...habis terburai daun pisang tu dalam periuk kukus hahaha.tak tau mana silap nya hehehe

QueenJah said...

alamaaak..baru jer buang daun pisang lebih wat lopes aritu...

Ummi said...

Mat, ni favourite akak nih! Sampai hati makan x ajak akak...Akak kalu dpat lepat ni kan...mmg x makan nasi pun xpa..tp kena tibaii 5 biji laa...selalu akak tlg mak je melepat kat kampung, kat rmh ni xnmpak daun pisang pun..ada jual kat kedai daun keras giler..siat sikit dah terkoyak rabak..ni kalu letak kelapa muda gaul garam sikit wat inti..mmg pergghhh!
(*sampai hati ko tayang tea set oriental ceramic yg akak tgh cari2 tu..duk ada piring dgn mgkuk besauu jek kat rmh ni, tu pn org bagi..huhuuu, ada lebih tak..juaii laa kat akak, hehe)

Welly said...

Malam Cik adik Mat..?? buat apa tu..??

Mat..awak tau tak...?? akak sangat tak suka masuk dapur Mat nie tau..?? tapi nak masuk juga...he..he..rugi kalau akak tak datang sini.., kenapa akak tak suka dapur Mat nie..?? sebab masuk sini meleleh jer.., sebetulnya akak nie..baru jer habis makan malam..,dah kenyang dah..!! tapi tengok masakan Mat nie...iissst..memang meleleh sampai tak boleh tahan.., akak betul2 tabik gila dgn awak nie Mat.., dari masakan sampai ke pinggannya...memang Waaahh..!!

hot mama said...

nampak lepat pisang cik mat, teringat lepat pisang mak kat kg... tp yg paling am terliur, pinggan mangkuk cik mat hehe..

que_zul said...

cantik nyer koleksi pinggan mat...