BEN ASHAARI

Monday, August 31, 2009

CHA GIO (POPIA) VIETNAM...

Cha Gio Vietnam
Salam sejahtera untuk semua, apa menu berbuka hari nie, mesti ada macam2kan, maklumlah bulan2 puasa ni ada tu mata jadi 3 - 4 lapis u, pulak2 yang pi bazar ramadhan. Ok hari ni mat buat satu resipi dari Vietnam yang diberi nama "Cha Gio" atau popia Vietnam. Sebelum tu mat nak ucapkan ribuan terima kasih pada kak "Mulan" atas kesudiannya memberi mat kulit popia vietnam yang khas diterbangkan dari negara tersebut. Kulit popia tu memang unik dan lain dari yang lain, ianya bukan macam kulit popia biasa tapi berbentuk jaringan halus (ala2 roti jala).....

Cha Gio Vietnam
Lagi satu keunikkan popia nie, ialah inti dia, memang mewah dengan benda sedap dan boleh menambah mutu "kolestrol" dalam body memasing..ahaks, hambik kooo!!!...Tapi isi dia unik sebab ada ubi keladi parut digaul sekali selain isi udang dan ayam..Resipi pun mat ambik dari blog kak mulan, tapi kita buat sukatan yang sesuai lah, memandangkan blog kita ni blog main masak2, tak gitu...Terima kasih sekali lagi ku ucapkan pada kak mulan.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g isi udang, dicincang halus
150 g isi ayam, dicincang halus
5 batang crab stick, dihiris halus
1 biji bawang besar, cincang halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1 pokok daun bawang, cincang halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 cawan parutan ubi keladi
1 biji telur
Garam dan secubit gula
Kulit popia Vietnam secukupnya (seperti gambar dibawah)

BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 camca besar sos ikan
1 1/2 cawan gula pasir (agak2)
1/2 cawan cuka makan



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Gaul rata semua bahan2 di atas kecuali keladi dan kulit popia, hingga rata dan sebati, kacau secara sehala sehingga mendapat adunan yang anjal. Masukkan keladi parut dan gaul rata. Ketepikan (nak senang, guna food processor). Ketepikan.
  2. Ambik sehelai kulit popia vietnam (rupa macam roti jala), dengan menggunakan tuala lembap, tutup kulit popia tadi untuk 30 saat - 1 minit, hingga ianya sedikit lembut dan mudah digulung.
  3. Isikan 1 1/2 camca teh inti, bentukkan memanjang dan gulung seperti popia biasa, dan sapu sedikit telur dibahagian hujungnya supaya mudah melekat. Buat hingga siap. Goreng dengan api sederhana sehingga kuning keperangan, jangan guna api besar, nanti inti tak masak. Hidangkan bersama sos cili*..
  4. SOS CILI* - Kisar cili merah dengan bawang putih hingga hancur, tuang dalam periuk dan tambah gula pasir, garam dan sos ikan. Masak hingga mendidih dan tambah cuka makan. Perlahankan api dan terus memasak hingga pekat.

9 comments:

MULAN said...

he he.. camna rasa..? kulit dia rangup kan.. agaknya kalau takde kulit tu, boleh pakai kulit wantan tak? lupa nak kasi resipi sos dia, tp kami tak guna sangat sebab byk pakai sos ikan.. hanyir, so pakai sos bawang putih biasa..

Mat Gebu said...

kak mulan...
Sedap sangat, rangup, teksture dia seakan2 kuih "karas....sos tu pulak, kita buat sos ala2 Thai saja...apa2 pun terima kasih yea kak mulan...

Muna said...

tak pernah jumpa kulit popiah lagu ni... looks so good, cheq terguda big time!!

rpiah said...

kat mana nak cari kulit tu mat

ann-dehouzze.... said...

mat..bertuah ko ek..jauh kulit popia tu mai..hihi..tp siyes la,mmg nampak sedap popiah ko ..tambah lak bln pose cenggini..adeh!!

Ummi said...

Waaahhh baiknya hati Kak Mulan tu bagi kulit popiah canggih camni..mesti dari bulan kulit popiah tu, hehe..(*ampun, gurau je)..Memang x penah tgk lg laa..untungnya Mat..hehe

Lydia said...

sedap ni... dulu tinggal kat Aust selalu makan. Tempat tinggal ada ramai vietnamese.

Sara said...

Ya rabbi en mat & puan mulan woii... b'kurun dah kte carik kulit popiah veitnam nehhh.. takde t'jumpe pun kat sini

angah said...

Mna nk dpt kulit popia nya.., saya tinggl dia serembn ada jual tk...