BEN ASHAARI

Thursday, August 20, 2009

ASAM PEDAS IKAN KEMBONG

Asam Pedas Ikan Kembung
Hari ni kan mat masak 2 jenis lauk ulang tayang, apa nak buat dah itu yang memenuhi selera, maklumlah tekak ni ada masa nak makan benda tuu saja. Ikan kembong antara ikan kegemaran mat, lagi2 kalau yang segar, buat singgang atau asam rebus, punya lah sedap.....lagi2 kalau yang baru di tangkap atau baru naik dari bot nelayan. Kalau tak suka ikan kembong, boleh guna apa2 ikan yang digemari, tapi setiap ikan rasanya berbeza....Jadi tepuk dada tanya selera yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar (kalau dapat yang segar)
1 biji terung biru (jenis panjang)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, potong 3 dan belah 2 setiap potongan, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan mintak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk lumat, halia dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan terung dan ikan, tuang jus asam jawa dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan scubit gula. Kacau perlahan untuk mengelakkan ikan hancur. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak letak daun kesum boleh, nak letak bunga kantan boleh dan pasal sayur tu, ikut suka yea, kacang bendi boleh, sawi jeruk boleh dan nenas pun boleh.....ikut suka memasaing okeyyy!!!!

3 comments:

ain said...

sedapnya klu mkn nasi panas2. pas tu ada petai. pehhh!!!!

d i d a said...

aih sedappnya..saya pun suka ikan kembung ni..kalo dh tade idea sgt, goreng pun sedap. mkn dgn smbal belacan..fuh

Rabiatun said...

Sedapnyer...pernah makan asam peads ikan kembung ni, sampai ker kuah ku hirup..hahahaa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.