BEN ASHAARI

Sunday, July 12, 2009

LEMAK PISANG MUDA & CENDAWAN

Lemak Pisang Muda & Cendawan
Salam Ahad untuk semua....dah masak ke?...Hujung2 minggu ni mesti ada yang masak sedap untuk dijamu bersama keluarga. Hari ni mat masak lemak pisang muda dengan cendawan, cendawan pulah guna cendawan terkukur atau kulat sisir. Kali terakhir mat masak gulai pisang, kalau tak silap bukan December tahun lepas masa kehadiran Mama Zieza, Kak RinnChan and the suku sakat, lama juga kan. Tau tak, kampung yang mat diami sekarang ni dikeliling dengan estet getah satu masa dahulu (20 lebih tahun dahulu), jadi satu ketika masak pokok getah ditebang untuk diganti dengan pokok kelapa sawit, maka tumbuhlah cendawan terkukur ni dengan banyaknya pada batang2 pokok getah tu. Bonda mat, Mat dan sorang jiran ni pi kutip u cendawan tu...Punya lah dapat banyak, sampai boleh buat jual. Itu tak masuk yang dikeringkan untuk digunakan jika perlu. Tapi tu cerita 20+ tahun dahulu, sekarang ni payah dah nak jumpa, kalau ada orang jual pun harga dia mahal....Tapi pada mat lah, kalau nak makan sangat, apa salah beli sikit, duit pun bukan boleh bawak mati....Uikk...terpanjang menjela pulak story hari ni kan...hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang muda (mat guna pisang kapas)
1 cawan cendawan terkukur kering (atau kulat sisir)
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
5 ketul tulang ikan masin kurau, rendam 25 minit
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan secubit gula
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 genggan ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
3 biji cili merah*
10 biji cili padi (boleh kurang atau tambah)*
1/2 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya , potong serong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat hingga siap (kalau nak tumbuk sedikit pisang tu pun ok, tapi tak payah potong kecik sangat). Cendawan terkukur direndam hingga kembang, bersihkan dari kulit2 kayu, tos dan perah, tumbuk sedikit dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang muda tadi (toskan dulu), cendawan terkukur, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan terus masak hingga pisang lembut sedikit.
  3. Tambah pati santan, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng.
CATATAN MAT GEBU :- Berhati2 dalam penggunaan garam, kerana dalam gulai tu dah ada ikan masin dan ikan bilis, walaupun dah rendam benda2 tu tetap menambah sedikit rasa masin dalam masakan....

7 comments:

rinnchan said...

Kena terbang pi umah Mat pulak lah ni kalau nak makan lemak pisang dan cendawan !!! Ngancam jiwa dan raga betoiii !!!!

Kasawari said...

perghh sedap ni.. nak kena cari pisang ar pasni.. he he

que_zul said...

sedapnyer..sy suka cendawan tu...susah nk dpt skrg ni...

maklang said...

puasa2 ni...lapor lah pulak! sedap nya...

Ummi said...

Uiihhh membuka selera betul...harum gulai pisang ni sampai ke Kuantan la Mat...ish ish..akak mmg x rajin buat, rajin makan mak akak je yg buat..hehe...

**psst..Bye Mat, kita nak pergi istana hinggap la esok, hehe..lama la tutup gas kat rumah :D

petunia merah jambu said...

patutlah semalam cik abang saya dok kata sedap ek lauk lemak pisang muda. mesti dia yinggah kat sini ni....... alahai bang mat ooooiiii tambah2 kangenlah dgn kampung camni.

kembangria said...

Askm, saya suka sangat laman resepi en.mat ni dan saya dah cuba pun... emmm best la, menjadi.