BEN ASHAARI

Tuesday, June 9, 2009

SERAWA DURIAN

Serawa Durian

Salam untuk semua, selamat petang..Buat apa tu?... Semalam, masa belanja barang2 dapur, masa melintas berhampiran peniaga durian, terus mat terhenti...Tengok2 dan belek2..kita rembat lah juga...Selain dimakan begitu atau dibuat tempoyak, mat buat juga serawa durian yang dimakan dengan pulut...Nak makan dengan roti atau biskut cream cracker pun sedap....Jemput makan semuaa....

BAHAN KUAH :-)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
500 ml air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
10 - 15 ulas durian (ikut budget masing2 yeaa!!)
1500 ml santan kelapa
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
3/4 camca besar tepung gandum + 2 camca besar air

BAHAN PULUT :-)
1 kg beras pulut, cuci dan rendam 30 minit
750 ml santan cair
1 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Toskan pulut dan ratakan dalam loyang (mat guna loyang bulat 12 inci. Bancuh garam dan minyak bersama santan, kacau rata dan tuang dalam pulut tadi. Letakkan simpulan daun pandan dan kukus 25 minit. Kemudian, gemburkan pulut dan kukus lagi 7 - 10 minit. Boleh matikan api.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan air gula yang ditapis tadi, durian, daun panda dan santan. Masak hingga mendidih, tambah garam dan kacau rata. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi gula pasir. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat sedikit.
  3. UNTUK SERAWA :- Ceduk keluar pulut dan isi kan dalam bekas sesuai. Hidangkan bersama kuah serawa durian tadi. Selain pulut, nak makan dengan roti boleh, lempeng boleh, roti jala pun bolehhh....Selamat mencuba yeaa!!!

12 comments:

inna said...

mat air teh O dalam cawan sama bunga hitam nya mana ...takkan makan pulut je..kang tercekik pulak nanti...hehe

sedapnyaa ..akak rajin juga buat serawa ni..makan dengan lempeng pun sedap...

ain said...

sedap pulak nmpak serawa durian cik mat la. durian kat umah ada le sebiji tu.tp durian D24 pulak. sayang pulak nk buat serawa.

joegrimjow said...

tak macam duyan

Aishah@Ariffin@Aqil said...

huhuhuhuuu...nak bau durian pon susah ape tah lagi wat serawa...hhuwaaaaa....nak mkn duriannnnn...

Ummi said...

Mat, sana musim durian ke? Xleh tahan tengok nih..mmg akak suka sgt serawa durian vs pulut nih! Memang x igt orang kalu dapat nih! Nanti nak tinjau2 kot ada durian Segamat sesat kat Kuantan nih!

echah_syed said...

kat sini lom ade doghoyan ler mat :(

zai@umiaiman said...

sedapnyer..kat kg dulu slu mak wat serawa ni...

nanae said...

salam cmg.terliur tengok serawa durian cmg buat leh mintak skit ke?
hii...hiii

SeaDemon said...

Salam Mat...I selalu baca blog you dan memang malam-malam terpaksa pergi serang dapur cari benda makan sebab blog you. I tak pernah komen kat blog you tapi I love your blog. Hats off to you for making cooking and food seem all fun.

I tulis ni sebab my wife tag I (and she has tagged you too...so I tag you jugak.

http://seademon.wordpress.com/2009/06/11/i-cannot-write-funny-stuff/

I seriously hope satu hari nanti we can meet up. If only I know where you live.

makcikkantin said...

salam cik mat, durian...favoritku & mmg tengah banyak kat penang ni...mailah sini.
makcik suka pinggan bunga kangkung tu..payah nak cari sekarang ni..

MamaFaMi said...

Ma suka anything to do with durian! Dan lebih suka kalau orang yang masakkan... kita tinggal bedal je...hehehe

Beachlover's Kitchen said...

Mat ..oh!! Mat durian!! boleh nampak but tak dapat makan ni!! sedapnya!! nampak macam pengat durian ni!!